June 2011 ~ ARJUNA

Bertaubatlah, Walaupun Selalu Terjebak Di Dalam Dosa Yang Sama...


Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan  bertaubat kemudian  diatas dosanya itu. Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..

Apakah dalam keadaan  sedemikian kita layak untuk bertaubat?

Sebenarnya, itu HARUS DILAKUKAN. Meskipun terjadi berkali-kali, seperti disebutkan dalam sebuah hadis qudsi, di mana Allah berfirman, "Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa,
Ya Rabbi, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku."

Rabbnya berfirman, "Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu."

Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, "Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku."

Allah berfirman, "Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu."

Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, "Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku."

Allah berfirman, "Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu"… [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim lihat: al-Lu’lu’ wa al-Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Baari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]

Ini fenomena biasa yang terjadi pada masa ini, dimana sentiasa berlaku tarik-menarik antara  para pelaku dosa dan  orang-orang yang bertaubat. Masing-masing bersenang hati menerima kehadiran kembali seseorang yang selama ini berpisah dari mereka. Orang-orang yang bertaubat senang menerima hadirnya pelaku dosa yang kembali bertaubat atas dosa-dosanya. Begitu juga para pelaku dosa akan riang gembira menyambut orang soleh yang kembali menggeluti dosa-dosa.

Oleh itu, banyak orang yang menjadi korban tarik- menarik itu. Banyak orang soleh yang akhirnya terjebak dalam dosa, yang dari dosa itu dahulu dia pernah bertaubat. Dan sayangnya, itu terjadi berkali-kali sepanjang hidupnya. Namun, selama dia ikhlas bertaubat dan ingin memperbaiki diri, tak ada istilah pintu taubat tertutup baginya, selama nyawa belum sampai di kerongkongan, atau matahari belum terbit dari arah barat.

Kita tidak berhak menunda-nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah. Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa-Nya. Kita harus sedar, bahawa maut boleh menjemput kita bila–bila masa sahaja.


Semoga kita semua sentiasa mengingati mati dan sentiasa bertaubat sekiranya melakukan kesalahan.. Insyaallah..

Beritahu Pada Muslimah!


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian,
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...


30 Fakta Tentang Lelaki!


1. Sebenarnya, insan yang digelar Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, tetapi yang dicari adalah wanita yang membuatkan lelaki sejuk hati melihatnya dan mempesona.
(Si dia selalu meminta anda berdandan bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin kamu kelihatan mempersonakan dimatanya).

2. Lelaki sangat benci apabila dikhianati.
(Walaupun mereka ego, gagah, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah juga).

3.  “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan ?” adalah ayat yang paling
selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon.
(Mereka memang bukan makhluk yang pandai bersopan santun,
tetapi mereka sangat-sangat ingin tahu semua perkara tentang diri anda).

4. Jika seorang lelaki serius mencintai kamu,dia akan menerima kamu seadanya.
Tidak peduli kamu gemuk, hitam atau berjerawat.
(Mereka mungkin akan memberi nasihat pada kamu untuk diet ketika kamu merasa gemuk,
tetapi mereka tulus mencintai kamu).

5. Lelaki sangat suka ketika melihat senyuman dan gelak tawamu.
(Untuk itu jangan dipelihara muka yang masam di wajah kamu,
senyumlah dan buatlah dia semakin terpesona).

6. Percaya atau tidak, lelaki adalah hakim yang adil dan baik.

7. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

8. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat,
sekaligus kekasih baginya.

9. Kamu boleh memahami lelaki, kecuali jika kamu menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri kamu.

10. Lelaki lebih menyukai wanita yang sopan,
jika dibandingkan dengan wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

11. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian kamu.
(Termasuk menceritakan kisahnya yang lalu,
walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya kepada kamu).

12. Lelaki tidak suka jika kamu bercerita tentang bekas kekasih kamu.
(Walau kadang-kadang dia suka bercerita tentang bekas kekasihnya kepada kamu, tetapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih kamu).

13. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua kamu, jangan ragu-ragu dan malu.
(sebenarnya dia benar-benar serius dengan kamu!)

14. Ketika kamu membuatkan seorang lelaki jatuh cinta, bermakna hal itu adalah sesuatu yang sukar dilupakan sepanjang hidup mereka.
(Untuk itu boleh dikatakan lelaki juga lemah dan susah melupakan perkara sukar itu dibandingkan dengan wanita).

15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuatkan dia tertanya-tanya dan bahkan mungkin akan mencurigai kamu.
(Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

16. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji / merayu kamu.
(Ini bermakna mereka memang menyayangi kamu dan itulah sebabnya mengapa mereka memuji kamu supaya hal itu akan mmbuatkan kamu senang bersamanya.)

17. Lelaki ingin selalu berkongsi semua perkara dengan kamu, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik.
(Untuk itu, jangan memaksa dirinya bercerita jika memang dia belum bersedia untuk bercerita kepada kamu)

18. Bagi lelaki, melupakan seseorang yang sangat disayanginya, memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

19. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

20. Lelaki akan menyimpan sebahagian duitnya hanya untuk membeli hadiah walaupun kecil untuk kamu.

21. Kamu tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali kamu menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri kamu.

22. Lelaki ingin selalu berkongsi semua perkara dengan kamu, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik.
(Untuk itu, jangan memaksa dirinya bercerita jika memang dia belum bersedia untuk bercerita kepada kamu).

23. Lelaki juga mudah menangis dan tersentuh.
(ketika mereka kecewa atau sedang bersedih, mereka juga boleh menangis seperti kamu. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya).

24. Jika kamu tahu bagaimana menawan lelaki kamu, mereka tidak akan mampu berjauhan dari kamu.

25. Jika seorang lelaki dengan bersungguh-sungguh mengatakan, kamu adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya itu tulus dari dalam hatinya.

26. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki.
(Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata kamu. Mereka juga tidak suka melihat kamu bersedih).

27. Tidak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

28. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.
Hasilnya, kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

29. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh.
(Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu terlalu sukar untuk diwujudkan).

30. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang terlebih aktif.
(Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu beria-ria hendak keluar dengan anda)


Arjuna rasa, ini hanyalah pendapat umum mengenai lelaki. Namun, sifat sebenar sesorang lelaki itu hanya dapat anda ketahui setelah mengenalinya.. Insyaallah.

Ya Allah, Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Diriku Sendiri…


يا حي يا قيوم
Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Sendiri

برحمتك استغث
Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan

اصلح لي شأني كله
Perbaikilah untukku urusan semuanya

ولا تكلني الى نفسي
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri

طرفة عين
Walau sekelip mata



Diriwayatkan bahawa do`a di atas telah diajarkan oleh Rasulullah sallAllahu `alahi wasallam kepada puterinya, Fatimah radhiAllahu `anha.  (Riwayat Nasa’i, al-Bazzar & al-Hakim, dinilai hasan oleh Nasiruddin al-Albani)

Do`a ini amat besar maknanya.  Ia menggambarkan kebergantungan dan pengharapan yang amat tinggi dari sang makhluq kepada Khaliqnya.  Amalkanlah do`a ini dan hayatilah maksudnya.  Nescaya akan datang rasa sakinah dan tawakkal yang tinggi di dalam diri kita semua, insyaALLAH.

Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang benar.. Semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua.. Insyaallah..

Kredit : Ustaz Muzir

Beza Cinta Dari Sudut Pandangan Lelaki dan Perempuan!



Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan

Membahas soal ‘cinta’ bukanlah perkara yang mudah, kerana memang sampai sekarang belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.

Apakah bezanya?

Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?

Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahawa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.


Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?

Benar. Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini karena lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya.
Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.


Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?

Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang dialaminya. Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahawa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?

Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk berbakti bagi isterinya dan menyanjungnya.


Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?

Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan pengesahan hubungan mereka.

Sebenarnya, apa yang kita bincangkan di atas ada betulnya.. Namun, terpulang kepada kita untuk mencorak rasa cinta kita.. Tolak ansur dalam sesebuah perhubungan amatlah penting.. Arjuna menasihatkan, kenali dulu sebelum mencintai..

Lelaki Yang Baik Ibarat Petani Yang Baik!



Lelaki ibarat petani.  Dan perempuan ibarat tanah.

Petani Baik, Tanah Pun Baik
Petani yang baik apabila bertemu dengan tanah yang subur tentunya akan melahirkan hasil tanaman yang bermutu tinggi.  Kerana benih yang ditanam oleh petani yang baik bukan sahaja dibiarkan ia tumbuh begitu sahaja, malah akan dijaga dan diteliti tumbesarannya dengan tekun sekali.

Dengan ketelitian dan kesungguhan si petani yang baik tadi, tanah yang subur juga tentunya tidak mahu mengecewakan si petani dengan sedaya upaya mengeluarkan hasil yang terbaik dari isi perut bumi untuk dituai si petani.  SubhanALLAH, akhirnya tumbuh melatalah rezeki kurniaan ALLAH di muka bumi ini dengan rezeki yang baik-baik.

Petani Tidak Baik, Tetapi Tanah Baik
Bayangkan pula apabila petani yang tidak baik bertemu dengan tanah yang subur.  Dengan sifat kejahilan si petani, ditambah dengan sifat kemalasan, cuai, leka dan mengabaikan tanah yang subur itu, akan mengakibatkan tanah yang subur itu mengeluarkan hasil yang tidak bermutu tinggi.  Hasil tanaman yang dikeluarkan oleh tanah yang subur itu akan mudah rosak dan keadaan rupa bentuk tanah yang subur itu menjadi tidak teratur dan ditumbuhi semak.

Lebih malang lagi jika si petani yang tidak baik itu bukan sahaja tidak menjaga dan memanfaatkan tanah yang subur itu, malah merosakkan pula tanah tersebut.  Akhirnya, tentulah tanah yang pada asalnya subur itu bertukar menjadi tanah yang rosak.  Sayang sekali si tanah tidak dapat mengeluarkan produk terbaik dek kerana perbuatan si petani yang tidak baik itu.


Petani Baik, Tetapi Tanah Tidak Baik
Bayangkan pula apabila si petaninya bagus dan baik, tetapi tanah yang ditemuinya pula tidak subur.  Dalam kes sebegini, tentulah tidak sama seperti si petani yang baik bertemu dengan tanah yang subur.  Si petani yang baik tentunya akan berusaha segigih mungkin untuk menjadikan tanah yang pada asalnya tidak subur menjadi lebih subur.  Bukan mudah.

Mujahadahnya lebih tinggi dan pengorbanannya juga lebih besar.  Dicuba bermacam-macam kaedah, trial & error, dirujuk sana sini untuk mendapatkan nasihat pakar dan lain-lain lagi usaha bagi menjayakan usaha murninya itu.  Bukan calang-calang petani yang dapat mengusahakan tanah yang tidak subur, bahkan menghasilkan hasil yang baik.  Berkat usaha yang yang tidak mengenal jemu dan kesabaran yang tinggi, maka insyaALLAH akan berjaya juga.  Jika gagal juga, beralih sahajalah ke tanah yang lain yang lebih berprospek tinggi.

Petani Yang Tidak Baik, Tanah Juga Tidak Baik
Oh, yang ini saya rasa tidak perlulah diceritakan.  Fikirlah sendiri…

Lelaki Yang Baik Bisa Merubah Keadaan
Jika dilihat beberapa kes di atas, hampir dapat kita simpulkan bahawa peranan dan sikap si petani menjadi faktor yang sangat penting untuk berjayanya sesuatu usaha pertanian.
Di awal tulisan telah saya umpamakan si petani sebagai seorang lelaki dan tanah sebagai seorang perempuan.  Cuba fikirkan perumpamaan tersebut.

Ya, lelaki memainkan peranan yang sangat penting di dalam hubungan rumahtangga. Si lelaki atau si suami mesti mempunyai sifat positif yang banyak untuk dia mengemudikan rumahtangganya menjadi rumahtangga yang berjaya.

Lebih mudah jika si isteri turut sama mempunyai sifat positif yang banyak, kerana ini akan memudahkan pelayaran rumahtangga yang sejahtera.  Malah akan menghasilkan zuriat-zuriat yang baik daripada mereka berdua.

Sekiranya si lelaki tidak mempunyai sifat positif yang banyak, malah ditenggelami pula dek sifat-sifat negatif, tentulah rumahtangga akan mudah goyang.  Kita lihat banyak kes-kes isteri yang setiap hari yang makan hati dan berulamkan jantung akibat sikap lelaki yang zalim.  Kadang-kadang yang sedihnya, si isteri punyalah baik dan sabar, tetapi terpaksa berhadapan dengan karenah si suami yang bermacam-macam itu.

Jika dilihat senario si suami  yang baik tetapi si isteri pula buat perangai, di sini memerlukan kepandaian si suami untuk membentuk dan mendidik isteri itu menjadi baik.  Bukan mudah.  Tak ramai yang sanggup.  Si suami yang penyabar dan hikmah sahaja yang mampu menempuhinya.
Jadi, ingin saya seru:

Wahai diri ini dan lelaki semuanya, tidak kira samada dewasa atau masih remaja, berusahalah menjadi lelaki yang baik.  Bukankah ALLAH telah mengiktiraf ‘Arrijalu qowwamuna `ala nnisa’?  Pengiktirafan ini bukan untuk diegokan atau didabikkan dada, tetapi ia menuntut kita semua, lelaki-lelaki agar lebih bersedia dan trampil untuk menjadi pemimpin dan menjadi pembela kepada golongan wanita.  Janganlah kita menjadi perosak mereka, malah mengambil kesempatan mereka pula

Air, Cahaya, Keredhaan ALLAH Dan RahmatNYA
Jika petani diibaratkan lelaki atau suami.  Tanah diibaratkan perempuan atau isteri.  Air dan cahaya yang menyinari tanaman-tanaman pula boleh kita ibaratkan sebagai redha dan rahmat ALLAH.

Sebagaimana tanaman tidak boleh subur tanpa air dan cahaya, walaupun petaninya bagus dan tanahnya subur, begitulah juga perlunya redho dan rahmat ALLAH di dalam sebuah rumahtangga.  Redho dan rahmat ALLAH sangat-sangat dihajatkan oleh kita sebagai manusia dalam semua perkara, termasuklah dalam hal rumahtangga.

  • Jadilah lelaki dan suami yang baik.
  • Jadilah wanita dan isteri yang baik.
  • Dan pohonlah redho serta rahmat ALLAH.


Semoga rumahtangga yang kita bina sejahtera selama-lamanya, amin…

Arjuna yang belum berumahtangga sedang mempersiapkan diri untuk menjadi petani yang baik.. Insyaallah! Semoga kita lelaki mendapat tanah yang baik.. Semoga anda wanita mendapat petani yang baik.. Andai Arjuna mendapat tanah yang kurang baik, Insyaallah, Arjuna akan berusaha memembaiki tanah itu.. Semoga perkongsian memberi manfaat.. Terima kasih Ustaz! Arjuna merasakan seperti mendengar tazkirah dari mulut ustaz sendiri.. Impaknya sangat mendalam.

Kredit : Ustaz Muzir

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?




1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-tambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).



4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

"Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.



7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...


Arjuna merasakan, tiada manusia yang dilahirkan jahat di muka bumi ini.. Semua baik-baik belaka.. Namun, terpulang kepada diri kita sendiri untuk mencorak peribadi kita.. Memang benar hasutan syaitan amat sukar untuk ditentang.. Allah memberikan kita akal untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya.. Insyaallah..

Katakan Tidak Kepada Murtad!


Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? 
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang forward post ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguam bela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.

Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 je, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang ditunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan? Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, 'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.' Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Gambar sekadar hiasan!

Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu?
Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Gambar sekadar hiasan!

Lagi satu kes lain saudara baru kita
Nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata? eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si Minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta Mahkamah Syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si Minachi ni. Heran sungguh. Bila si Minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si Minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh Makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh
Seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar isytiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk
Kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam Hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, 'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak Polis dan Majlis Agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? '. 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, 'Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung?
Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak ada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Siapa yang hendak berhenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat Stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Pakaian masyarakat kita pun sekarang ni terang-terang ikut yahudi dan kristian, kalau bertudung pun sama macam rahib kristian.. Bukannya nak ikut cara Islam seperti yang ada dlm Al-Quran.. Sedangkan Nabi ada bersabda bahawa jika kita mengikut cara atau perbuatan sesuatu kaum, maka kita tergolong dalam kaum trsebut..

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi
Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab itu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao.. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya tumbang satu demi satu..

Macam mana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40 an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan 'garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi.
justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni siapa tak kenal Kelab Rotary yang cuci buah pinggang, Kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans, siapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan sama ada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, foward post ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, post ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
kawan-kawan yang dikasihi, tolong forward post ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.