October 2011 ~ ARJUNA

Apakah Ibu Negara bagi Israel?



Mengujakan tentang jawapan Hasan Menem berkaitan dengan ibu negara Israel..

*Hasan Menem merupakan kanak-kanak lelaki Palestin yang baru berumur 2 tahun.
Hasan dilapangkan dada oleh Allah untuk menyatakan nama-nama ibu negara di sekitar Asia Barat dengan betul..
 
Mereka tetap berjuang walau umur mereka tidak sewajibnya untuk berjuang menentang musuh..
 

p/s:
Anak kecil pun tahu bahawa Israel hanya menjajah di tanah air mereka sendiri.. 
Semoga umat Islam bersatu padu menentang musuh Allah..
Barakallahufik..^^
 

Tempoh Solat Kita Hanya Setahun Lebih Sepanjang Umur Hidup Kita..


Dalam sehari kita diwajibkan bersolat 5 waktu..
Subuh (2 rakaat), Zohor (4 rakaat), Asar (4 rakaat), Maghrib (3 rakaat) dan Isyak (4 rakaat)... 
Jadi berapa rakaat kita solat setiap hari? 
Jawapannya 17 rakaat.. 

Ok, berapa lama masa kita ambil sehari utk bersolat bagi setiap waktu?
Katakanlah setiap rakaat kita ambil masa 2 minit..
(2 minit adalah anggaran sahaja.. Andai yang anda buat lebih dari itu.. itu adalah yang terbaik.. ^^)..
Darab 17 rakaat bersamaan 34 minit..
Jadi.. jumlah sehari bersamaan 24 jam..
Cuma 34 minit sahaja kita perlu menyembahNya!
Cuba kira berapa lama kita berbual dengan rakan kita dalam sehari?

Ok, kita kira lagi dalam julat mingguan pula..   
Seminggu ada 7 hari..  
Jika sehari kita perlukan 34 minit.. 
Seminggu kita perlukan 238 minit sahaja masa utk bersolat!! 
Bandingkan pula masa kita bershopping dan sebagainya…Lebih kan?

Bagaimana pula dengan sebulan? 
Ok.. Sebulan ada 4 minggu jadi 238 minit tadi didarabkan dengan 4..
Jumlahnya 952 minit sebulan!!
Kalau setahun? 
952 minit sebulan tadi, darab dengan 12 bulan hanya bersamaan 11,424 minit!!!


Jika kita tukarkan pula kepada mode jam.. 
Bererti hanya 190.4 jam setahun kita perlu bersolat! 
Jika ditukarkan pula kepada mode hari.. 
Kita hanya perlu solat dalam setahun hanya 7.93 hari utk mengadap yang Maha Esa!!!

Sekarang kita ambil dari segi usia pula.. 
Kita ambil secara purata 60 tahun..
Tolak 10 tahun, iaitu masa kita awal akil baligh, bermakna tinggal 50 tahun usia kita betul? 
Sekarang cuba bayangkan dalam tempoh 50 tahun tu.. 
Berapa jam masa yang kita perlukan untuk kita bersolat sepanjang hidup kita?

Tadi kita telah memperolehi 190.4 jam setahun, jadi darabkan dengan 50... 
Jawabnya hanya 9,520 jam untuk tempoh 50 tahun..
Bila ditukarkan kepada hari, ia menjadi 396.7 hari..  
Iaitu lebih kurang 1.1 tahun sahaja berbanding kita hidup selama 50 tahun!!!  
Bayangkan dalam jangkamasa itu kita perlukan setahun lebih sahaja untuk bersolat!!! 

Sebenarnya terlalu sedikit masa yang diminta oleh Allah S.W.T untuk kita menyembahNya..
Berbanding kenikmatan hidup yang telah diberikanNya sepanjang kita bernafas di muka bumi ini.. 
Masa anda melancong, berhibur, tidur dan berbual-bual kosong..
Tentulah berganda-ganda jumlahnya berbanding solat 5 waktu..
Jadi jangan bazirkan hidup kita dengan perkara yang sia-sia.. 



Sumber :http://ezurah.blogspot.com/2011/09/umur-60-tahun-tapi-solatnya-setahun.htm 




p/s:Solat itu adalah tiang agama..




Selamat beramal..
Barakallahufik.. 

Kelebihannya Yang Kita Sering Lupakan.. Ayat Kursi..


Kisah ini mungkin kalian pernah membacanya atau mendengar dari sahabat2 kalian..
Kisah ini berlaku di sekitar tempat Amerika Syarikat..


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.



Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.



Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).



Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu..

Dalil berkaitan kelebihan ayat kursi..

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
(Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.)


Pengajaran dari kisah ini..
  • Berpakaianlah mengikut syariat Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah.. 
  • Mohonlah pertolongan kepada Allah seyakin-yakinnya..

Semoga mendapat perlindungan dan keberkatan daripada Allah selalu.. 
Barakallahufik.. =)


Sumber:
  1. http://www.al-azim.com/~beringin/agama/alkursi.html
  2. http://ezurah.blogspot.com/2010/12/kenapa-tak-rogol-saya.html
  3. http://daawah.com/links/islamqurankursi.html

Satu Soalan Buat Hawa, Satu Jawapan Dari Adam!


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Satu Jawapan Dari Adam.
Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.
Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.
Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

“Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..
wanita solehah… ? ALLAH & ? RASULULAH