December 2011 ~ ARJUNA

Tudung Wanita Islam Zaman Moden!


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam, setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudungnya. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi : "barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA... 
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan? Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya... Sebar-sebarkanlah..
Selamatkan Wanita Islam.. Allah.. Allah.. Allah, lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/dipin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan.. gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini.. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai Wanita Islam sekalian...

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Mari kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini.. Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta..

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat..

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan..

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh.. Inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini.. Tudung sekadar menutup kepala dan rambut.. Tapi bentuk tubuh yang lainnya masih jelas kelihatan..

Hayatilah maksud yang tersirat pada SURAH AL-WAQIAH berulangkali.. Kerana Ia Menyedarkan kepada MEREKA yang Leka Permainan DUNIA..

Firman Allah s.w.t, “Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Arjuna saja nak share pada kawan-kawan.. So, kepada siapa-siapa yang ada rasa tanggungjawab, sila share post ini kepada kawan-kawan terutama mereka yang berpakaian seperti yang dinyatakan di atas.. Pada pendapat Arjuna, semua yang kita buat adalah datang dari kehendak diri kita sendiri.. Pasal tudung, ustaz/ustazah tak ajar anda ke masa sekolah dulu? Ajar kan? Jadi, mengapa tak nak pakai dan pakai pun tak ikut cara yang betul? Anda fikirkanlah sendiri..

TANDA-TANDA PEREMPUAN MEMPUNYAI SECRET ADMIRER!

  1. Perhatikan Bahasa tubuhnya. Jika dia suka anda, anda mungkin melihat bahawa dia lebih cenderung untuk mendekati anda. Perhatikan jika dia cuba menonjolkan dirinya ketika anda ada.
  2. Perhatikan 'eye contact' dia. Jika dia suka anda, anda akan perasan yang dia sering melihat anda. Kalau dalam cerita kartun, efek elektrik akan ditambah apabila mata anda bertentanagan. Tetapi, ini boleh mendatangkan rasa tidak selesa jika anda tidak menyukainya (atau sebaliknya). Perhatikan pula sama ada dia senyum, nampak gugup ataupun nampak benci pada anda.
  3. Perhatikan sama ada dia cuba ikut apa yang anda minat. Perhatikan cara dia melayan anda - adakah dia seakan mengurat anda, hanya untuk mencuba dan mendapatkan perhatian anda? Ianya perkara biasa bagi seorang lelaki untuk menggoda perempuan ketika dia menyukai perempuan itu, tapi ingat, seseorang masih boleh menggoda seseorang, walaupun jika mereka tidak tertarik kepada mereka (seks). Tapi ingat, tidak semua lelaki mempunyai perangai nak mengurat. Ada sesetengah lelaki nampak cool je tapi dalam hati dia sayang anda.
  4. Semak sama ada dia nampak gugup. Ketawa yang agak kekok, telapak tangan berpeluh, gelisah, cepat-cepat berpaling muka daripada kamu apabila anda perasan yang si dia sedang memerhatikan kamu. Itu semua adalah tanda-tanda dia syokkan anda. Juga perhatikan jika anda memanggil namanya, adakah dia terus berpaling atau berpaling secara bajet normal.
  5. Senyum - Jika si dia nampak tersenyum lebar adalah petanda baik. Perhatikan juga adakah dia selalu cuba untuk berada dalam situasi bertemu 'face to face' untuk memberikan senyuman kepada anda.
  6. Perhatikan rakan-rakannya. Jika kawan-kawan lelaki dia tahu dia tertarik pada anda, mereka mungkin akan memberitahu pada si dia akan kehadiran anda di situ. Mungkin juga mereka akan bagi isyarat bahawa dia sukakan anda. Adakah mereka tersenyum? Adakah mereka pandang si dia atau sengaja menyakat dia? Jika ada tanda sebegini, mungkin anda sedang mempunyai secret admirer.
  7. Pasang perangkap. Anda cuba cari seseorang yang dia tidak kenal kemudian suruh 'mr. unknown' tu pergi kepada si dia dan tanya siapakah anda dimata dia. Paling tidak pun cari kawan dia dan mintak dia selidik sama ada dia minat anda atau tak.
  8. Cuba berseorangan - Beri dia ruang untuk mendekati anda. Jika anda minat dia dan anda tahu dia minat anda tapi anda sendiri duduk berkepit dengan kawan-kawan 24 jam, macam mana nak bagi peluang pada si dia untuk meluahkan rasa hati jika tekaan anda itu tepat. Tapi hati-hati, jangan berseorangan di tempat yang tertutup. Ditangkap khalwat nanti!
  9. Perhatikan tingkah lakunya dalam perbualan. Kadang-kadang, bagi lelaki biasa mengajukan soalan dan orang lain mencelah, dia hanya akan melupakannya. Tetapi jika anda melihat bahawa dia masih terus bertanya atau menukar subjek kembali kepada soalan sama sehingga anda menjawab, maka mungkin dia minat anda. Tetapi jika topik ini sesuatu yang serius, dia hanya mungkin ingin tahu kerana timbul perasaan curiga.
  10. Perhatikan tanda-tanda ini juga:
    • Jika dia ingin berbual dengan anda sepanjang masa.
    • Jika dia mula menunjukkan perangai yang lebih baik ketika anda di sekitarnya.
    • Jika dia selalu mengatakan ya apabila anda meminta melakukan sesuatu.
    • Jika dia melayan anda berbeza dengan perempuan lain.
    • Jika dia sering anda ketika anda sedang tersenyum ataupun ketawa.
    • Jika dia bertindak seolah-olah 'ulat bulu'.
    • Jika dia nampaknya ingin selalu berada situasi bersama kamu.
    • Jika dia cuba rapat dengan anda.
    • Jika dia cuba untuk membuat anda tertawa.
    • Jika dia selalu berada ketika anda berada dalam kesusahan..
    • Jika dia sering mengajak anda keluar terutama majlis-majlis yang bermakna.
    • Jika anda dilihat mesra bersama kawannya dan nampak dia cemburu.
    • Jika dia sering bertanyakan khabar.
    • Jika dia cuba untuk rapat dengan kawan-kawan anda.
    • Jika dia sering bertanya tentang diri anda pada kawan anda.

Ya Allah!


{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu
Dia dalam kesibukan.}
(QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup
kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya
Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang
jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya,
mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi,
mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir
permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa
menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka
pun menyeru: "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup,
dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul,
menyerulah: "Ya Allah!"

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap
gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam.

Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang,
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah.

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang
menitis penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan
hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.

Setiap dini hari menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan,
julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah-
Nya untuk memohon pertolongan! 

Ketika lidah bergerak, tak lain hanya
untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu,
hati akan tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman
kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya,
keyakinan akan semakin kokoh. Karena,

{Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.}
(QS. Asy-Syura: 19)

Apa Itu Santau, Bahan-Bahan Yang Digunakan & Kesannya Kepada Kita?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Apakah Itu Santau?

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-Bahan Yang Digunakan:
1.Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2.Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3.Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-Jenis Santau:

Terdapat 2 jenis santau -
1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.



Simptom & Kesan Santau:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Antara artikel yang berkaitan yang boleh dijadikan rujukan: Ujian Mengesan Jin Dalam Badan!

Doa Pendinding (tonton video di bawah):




Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda!


Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


Jika tidak dapat mainkan ayat Ruqyah di atas, cuba dengar yang ini:


Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Apa Itu Santau? Artikel tentang Santau boleh di baca di sini: Santau Itu Sihir!

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.


JODOH : Usah Mencari Yang Terlalu Sempurna!


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Anda dapat tangkap bukan?
Memang betul, sudah menjadi fitrah manusia untuk tidak puas dengan apa yang ada..
Ada awek, nak cari awek..
Ada motor nak cari kereta..
Bila awek dah lari, bila motor dah kena curi, baru menyesal..
Saat semuanya dah hilang baru sibuk nak menghargai..
Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..
Syukur la weyh!

Tanda-tanda Lelaki Mencintai Seorang Wanita!


Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa juga selalu memberi sokongan & galakan.

Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya walaupun tak tahu isi hati kekasihnya.

Dia sanggup mengaku sesuatu kesalahan walaupun dia tidak tahu-menahu kesalahan tu jika didesak oleh kekasihnya supaya mengaku.

Dia banyak menasihati & mengingatkan kekasihnya tentang pelbagai perkara kerana dia amat menyayanginya.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap (jika berhadapan situasi macam ni, cuba jangan bersikap keras, explain dengan sebaiknya kerana lelaki pasti mamahami anda).

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya (kerana wanita tu tiada dua baginya, sukar diganti dalam hatinya).

Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga (jika tidak suka si dia berkelakuan seperti ini, anggap saja ia perkara yang melucukan & berbincang dengannya).

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian kepadanya.

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.

Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya (salah satu keinginan setiap lelaki ialah ingin dipujuk, yang pompuan tu sekali sekala pujuk2 la si dia tu hehe)

Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.

Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia mahu sentiasa dicintai sepertimana dia mencintai kekasihnya.

Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.

Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.

Dia membanggakan kekasihnya pada keluarganya.

Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.

Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya walau dimana dia berada, jauh mahupun dekat dia tetap menganggap kekasihnya berada disisinya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.

Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita, namun salah satu faktor lelaki menangis disebabkan perasaan cinta yang mendalam.

Mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan di atas.. Namun, lebih baik anda mencari seorang lelaki yang sentiasa menasihati anda kepada amar makruf nahi mungkar.

Lelaki yang terbaik adalah yang mencintai seseorang dan berniat untuk mengahwininya.

Lelaki itu takkan sekali-kali merosakkan maruah wanita yang dicintainya.

Cintanya kepada Allah melebihi cintanya kepada anda.

Bukan mudah untuk mencari lelaki yang 100% niatnya untuk berjihad di jalan Allah. Umpama mencari sebutir mutiara di dalam longgokan pasir.

Jadi, anda wanita-wanita di luar sana dah tahu kan? Cari mutiara itu sekarang! Go! Go! Go!