August 2012 ~ ARJUNA

Bebankah Menjadi Wanita Islam?


SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM?

Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perempuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara
perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana……?
Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??

Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita,bahawa kelembutan bukan kelemahan,bukan jua penghinaan dari Tuhan,bahkan sebagai hiasan kecantikan,Allah Maha Adil

Muslimah Tak Guna!


Muslimah memang tak guna….

Pasti anda tertanya-tanya kenapa muslimah memang tak guna. Sedangkan muslimah itu kalau dari segi urufnya sebut saja muslimah, pasti kita membayangkan seorang yang solehah, baik akhlak, sopan santun, menjaga auratnya dan macam-macam lagi.Tapi, seorang muslimah itu memang tak guna…

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tak gunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak gunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak gunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak gunakan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tak gunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak gunakan tudung tiga segi, apabila memakainya di selempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak gunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak gunakan alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tak gunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang BERGUNA

Tafsir Mimpi Berbogel – Sheikh Ahmad Sudais


Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

Keistimewaan Al-Quran Dan Malam Lailatulqadar!


Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.

Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.

Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah.

Apa Yang Hebatnya Solat Di Awal Waktu Pagi?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim!


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Pembunuhan Beramai-Ramai Orang Islam Rohingya di Myanmar!

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.


4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

Sila berikan pendirian anda dan sebarkan mengenai berita ini.Masih ramai lagi yang tidak tahu akan peristiwa yang berlaku di Myammar ini.Sekian

PENGHINAAN KEPADA NABI MUSA A.S Di Temasya Sukan Olimpik 2012!


LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..!

DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU.
LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN..
MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM..

SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT..
KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..
NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA..
NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH.
DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA.

GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA..
MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT..
DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8CM = 18.2 M

BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER????
WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU.
CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA.

INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA.
WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.!

Pokok Olimpik Pokok Yahudi!

Kita dipermainkan.. cubalah kita sedar, dan kaji… sila ALERT dan sebarkan supaya kita saling ingat dan mengingati……

Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu…

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.


Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin


tonton video pada minit ke 19.

Pohon yang dimaksudkan bernama Pohon Gharqad..
Klik link di bawah untuk info lebih lanjut mengenai pohon Gharqad..
Pohon Gharqad.. Pohon Yahudi

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu!

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.


Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.

Apa Kata Ustaz Azhar Mengenai Kewujudan Dinosaur?

Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, filem mengenai dinosaur juga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.


Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, filem mengenai dinosaurjuga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.

Tapi timbul persoalan benarkah dinosaur ini benar-benar wujud? Mengikut fakta sains, kewujudan manusia adalah selepas zaman dinosaur, tapi itu sains, bagaimana pula dalam agama? Ada yang bertanyakah persolan ini kepada Ustaz Azhar Idrus, adakah dinosaur ini wujud? Mari kita lihat apa Ustaz Azhar Idrus jawab.


Benar juga bukan? kalau dinosaur itu tidak wujud masakan kita boleh jumpa fosil atau tulang-tulang dinosaur tersebut. Tapi kenapa fosil dinosaur ini hanya dijumpai di sesetengah tempat saja ye? kenapa fosil yang lain menjadi petroleum? Ada yang berpendapat dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinosaur itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah.. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinosaur ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinosaur ini menjadi petroleum.

Wallahu a’lam

Sebelum beransur, jom tengok video Dinosaur Serang Pusat Sains Negara!

Jawapan Ustaz Azhar Idrus Tentang Cium Mulut!

Tak tahu la kalo mangkuk hayun tuh langsung takde ilmu agama atau saja nak tanya suka-suka.
Apa-apapun, UAI memang terbaik sebab santai je layan semua pertanyaan even pertanyaan mengarut dan childish seperti ini.

Persaudaraan Di Bulan Ramadhan!

Puasa di bulan Ramadhan  ini dapat mendidik diri ke arah menginsafi nasib saudara seIslam yang lain, lantas mengukuhkan lagi perasaan kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam.Kita lihat sahaja di bumi Malaysia sendiri, rata-rata daripada kita bermurah hati untuk bersedekah, menjamu untuk orang berpuasa. Ini cukup membuktikan bahawa bulan ramadhan dapat merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain.

Kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam dapat digambarkan  melalui kata-kata yang telah diungkapkan oleh Huzaifah : “ Aku telah bertolak ke tempat berlakunya Peperangan Yarmouk untuk mencari sepupuku yang kesakitan dan kehausan untuk kuberikan kepadanya air yang ada bersama-samaku. Apabila aku dapat menemuinya, lantas aku memberikannya air.


Sedang sahaja sepupuku itu hendak meneguk air, maka dia terdengar suara seorang muslim yang mengaduh kehausan, maka sepupuku lantas menyuruhku agar memberi minum orang itu dahulu. Aku pergi kepada orang itu dan aku dapati dia adalah Hisyam Bin al-As . Apabila Hisyam hampir sahaja meneguk air tersebut, maka terdengar oleh Hisyam suara sahabat seperjuangan yang lain mengaduh kehausan, maka Hisyam pun menyuruhku untuk pergi dan memberikan air kepada orang itu dahulu. Aku pun pergi kepadanya dan belum sempat pun aku memberikannya air, dia telah pun syahid. Aku berpatah balik kepada Hisyam , dan aku dapati dia juga telah syahid. Kemudian aku pergi pula kepada sepupuku tetapi belum sempat pun aku memberikannya air, dia telah pun syahid “ .

Di antara kesan yang akan dapat di peroleh bagi mukmin yang benar-benar  menghayati erti Ramadhan ialah:-
(a)     Menimbulkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang kepada fakir miskin, anak yatim dan  orang yang kurang upaya.
(b)      Menimbulkan kekuatan untuk menghadapi penderitaan dan kepayahan hidup seharian.
(c)      Menerbitkan kesedaran, keinsafan, keadilan dan timbang rasa dalam kehidupan seharian.
(d)     Mewujudkan semangat persaudaraan Islam dan membentuk perpaduan serta kekuatan ummah.

Ibadah puasa di bulan Ramadhan mempunyai peranan yang besar untuk memupuk persaudaraan di antara sesama manusia,  terutamanya di antara golongan kaya dan miskin. Ibn Qayyim al-Jauzi dengan tegas menyatakan bahawa ibadah puasa dapat mengingatkan orang  kaya akan penderitaan dan kelaparan yang melanda  orang miskin. Syeikh Muhammad Abduh pula ketika mentafsirkan ayat mengenai kewajipan berpuasa dalam Tafsir al-Manar menyatakan bahawa dari sudut kemasyarakatan, puasa itu melahirkan persamaan antara orang kaya dan orang miskin, antara raja, penguasa, ketua negara dengan rakyat jelata. Ini kerana mereka sama-sama berada dalam kedudukan yang serupa iaitu melaksanakan kewajipan berpuasa, sama dalam merasakan lapar dan dahaga.

Dr Wahbah al-Zuhaily dalam bukunya al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, menyatakan bahawa puasa dapat menumbuhkan naluri kasih sayang, ukhuwwah, dan perasaan keterikatan dalam tolong-menolong yang dapat menjalin rasa persaudaraan sesama umat Islam.  Seandainya setiap orang yang berpuasa merasakan penderitaan orang lain dan berlapang dada untuk memberikan makanan kepada  orang yang memerlukan dan yang berada dalam kelaparan, nescaya kesengsaraan dan kemiskinan yang dialami oleh umat Islam yang lain dapat diringankan.

Wahai  orang yang berpuasa, sesungguhnya anda dapat menghiasi meja makan dengan beraneka jenis makanan, justeru apa salahnya anda memberikan sedikit makanan untuk orang yang kelaparan itu, bahkan anda mampu membahagiakan keluarga lain yang sedang kelaparan itu, anda juga mampu menghapus air mata kesengsaraan mereka. Oleh itu, mengapakah anda berlengah lagi untuk memupuk persaudaraan dan membantu mereka? Ayuh, sama-sama kita berusaha menuju keredhaan Allah dengan mengukuhkan persaudaraan sesama Islam sempena Ramadhan yang penuh berkat ini!.

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah!

Seperti mana yang kita tahu bahawa Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa.  Adab ini penting kerana dalam Islam, semua perkara yang kita lakukan perlulah beriringan dengan adab. Sebagai contoh adab masuk masjid, adab makan, adab minum dan sebagainya. Ketahui apakah antara adab-adab  berbuka puasa di bawah ini.


1. Membaca doa
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” – Hadis riwayat Ibn Majah
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah

2. Menyegerakan Berbuka Puasa.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.
Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah SWT :
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda SAW :
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

11 Golongan Manusia Yang Didoa Malaikat!

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  • Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  • Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  • Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  • Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  • Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  • Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  • Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  • Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  • Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  • Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Sejadah Juga Mempunyai Unsur Illuminati dan Freemason!

SEJADAH ?
Kini kita akan menyentuh berhubung sejadah.Ya, sejadah yang digunakan oleh anda untuk alas solat.
Apa yang menariknya disini? Sila perhatikan dahulu gambar/gambarajah dibawah.



Berdasarkan gambar Master Carpet di atas, saya akan mengambil tiga cirinya ;
1) Lantai Berpetak (hitam/putih)/Checkered Floor
2) Bintang dan Bulan
3) 2 tiang yang dikenali sebagai Joachim dan Boaz.
Sekarang kita akan perhatikan pula contoh salah satu sejadah yang telah diambil.
Sila perhatikan betul-betul.


Sejadah dengan 3 ciri freemason
checkered floor, bulan dan bintang dan 2 tiang (Joachim & Boaz)

Freemason
Freemason dan Illuminati adalah cabang-cabang pertubuhan Dajal Laknatullah.Tiada bezanya di antara dua pertubuhan ini, keduanya menganut agama menyembah Iblis dan Syaitan, mengamalkan sihir dan memuja-muja mistik sesat (antaranya percaya kepada kuasa angka dan bentuk geometri).Namun freemason telah tampil seolah-olah sebuah pertubuhan yang halal dan memperjuangkan kebajikan.Kini ahli mereka berada diseluruh dunia termasuk Malaysia yang rata-ratanya dianggotai oleh golongan elit.

Lantai Hitam & Putih/Checkered Floor
-Lantai yang digunakan dalam ritual freemasonry (berpetak hitam-putih)

Bulan dan Bintang
- Biasa terdapat dalam logo dan simbol yang digunakan oleh freemasonry,dan turut digunakan didalam ritual penyembahan syaitan.Bulan dan bintang turut digunakan sebagai simbolik keIslaman di kebanyakan negara termasuk Malaysia (walaupun ianya bukan logo Islam)

All seeing eye
- Simbolik/propoganda “The Hidden Hand/Dajjal” seperti yang tercetak dibelakang wang dollar U.S.

“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka iaitu kaum berkenaan.

Gambar Palsu Pembunuhan Umat Islam Rohingya!

Pembunuhan umat Islam di Burma (Myanmar) memang benar berlaku, penindasan terhadap umat Islam yang masih hidup juga memang benar berlaku. Laporan-laporan yang melibatkan umat Islam di Arakan bukanlah palsu. Namun malangnya beberapa gambar yang beredar di dalam internet, sama ada di Facebook, Twitter, BBM, malah termasuk juga rakan-rakan blogger ternyata palsu – sama ada disengajakan atau tersalah informasi.

Malah terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mengedit gambar-gambar ini dan menyampaikan bahwa itu adalah gambar kekejaman terhadap kaum muslim Rohingya. Pastinya sebagai sesama muslim kita akan percaya akan gambar sedemikian.

Berikut ini adalah beberapa gambar yang pernah dan masih lagi beredar tetapi setelah diselidiki ternyata ianya palsu:



Terbukti gambar ini bukanlah gambar mangsa pembunuhan, sebaliknya gambar tersebut adalah situasi ketika umat Buddha di Tibet membantu mengeluarkan mayat mangsa korban gempa bumi di China. - Sumber Tibetan Community | Tibet Times


Seperti komen yang boleh dilihat dalam facebook di atas, dikatakan bahawa ini adalah gambar muslim yang dibakar di Burma, dan mereka yang percaya terus melontarkan komen-komen simpati dan kutukan. Gambar ini sebenarnya adalah gambar aktivis Tibet (bernama Jamphel Yesh) yang melakukan demonstrasi ketika kedatangan Presiden China ke India. Aktivis tersebut adalah pelarian yang mencari suaka ke India, dan melakukan aksi membakar diri ketika mengetahui Presiden China (ketika itu Hu Jintao) akan datang berkunjung. - Sumber: International Bussines Time | The Guardian



Ini sebenarnya adalah gambar dari Pattani, di selatan Thailand pada Oktober 2004. Gambar tersebut bukanlah gambar mayat, tapi gambar para demonstran muslim yang ditangkap kerana konflik yang berlaku di sana setelah sebelum ini ada ketegangan di antara umat Islam dengan masyarakat buddha.


Kumpulan gambar ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari penangkapan mereka yang terlibat dalam rusuhan di Selatan Thailand. - Sumber: People’s Daily | Frontline


Ini bukan gambar pembunuhan umat Islam melainkan gambar demonstrasi yang dilakukan oleh masyarakat Burma terhadap pemerintah kerana kenaikan harga barang di negara tersebut pada tahun 2007. –  Sumber: Ahrchk | My Sinchew


Gambar ini sebenarnya adalah gambar mangsa dari kejadian pengeboman yang berlaku di bandar Myawaddy di daerah Burma Timur yang bersempadan dengan Thailand dan ia terjadi pada Februari 2011. - Sumber: Arakan Info


Gambar ini dikatakan sebagai korban muslim Rohingya ketika rusuhan di Burma, tetapi sebenarnya adalah mangsa ledakan tangki bahan api di Kongo pada tahun 2010.

Sekali lagi ditekankan bahawa kejadian pembunuhan dan penindasan terhadap umat Muslim Burma adalah benar-benar terjadi. Tetapi ramai yang agak ragu dengan kebenarannya apabila timbul gambar-gambar palsu seperti ini.

Jika orang Islam sendiri yang mengedit dan menyebarkan gambar-gambar palsu sedemikian dengan sengaja untuk mengeruhkan keadaan atau untuk menimbulkan ketegangan dengan masyarakat Buddha secara keseluruhan, maka ia adalah tidak adil, sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Qur’an:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan.” (Al Maa’idah: 8)

Namun jika telah terlanjur menyebarkannya kerana kesilapan maklumat, semoga Allah mengampuni kita semua.