December 2012 ~ ARJUNA

SIKSANYA MAYAT ITU!


SIKSANYA MAYAT ITU | Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan. 

Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar-pelajar kita di luar negara khususnya di US. Contohnya, ada juga ibu bapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan kejayaan anak-anak mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika. 

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini.

Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di negara kita, alasannya, tanda kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (di tempat lain).

Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup mungkin ada melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.

Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kesihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke negara kita , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan.

Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya.

Ada waris2 yang berkata, "Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.

Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi..

Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...

TUTORIAL MENYERU KEMBAR QARIN ANDA!


Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.

Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.

P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!

10 Alasan Popular Kenapa Free Hair Itu Lebih Bagus Dari Bertudung!


1) Eleh, ni nak habaq mai..yg sembahyang tunggang terbalik tu pun belum tentu masuk syurga tau..pelacur yang bagi anjing minum tu Allah masukkan dia ke syurga. U olz jangan nak sesuka hati menilai i olzz berpakaian! Allah je yang berhak nak judge kita..huh
gegurlz..memang sembahyang itu bukan  jaminan untuk masuk ke syurga, namun begitu yang membuka aurat itu PASTI masuk neraka!

2) Pakai baju jarang ke kain sendat ke, itu hak kami! Kalau tak suke JANGAN tengok, hey kalau itu tak boleh, ini tak boleh, ko pergi hidup dlm hutan la..kolot! tak reti hidup bermasyarakat..
Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk mnahan godaan syaitan?


3) Seksi itu subjektif ok! bagi kami apa yang kami pakai ni xseksi pun, awk tu lain la..kami pakai macam ni pun dah bising-bising..gila sex eh?

Wahai kaum wanita, haruslah anda sedar, subjektif atau objektif..anda tetap dikira berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut, ini bukan saya kata..dalam al-quran ada tulis!

4)Ingat kami ni tak bertudung, kami tak sembahyang ke? hey kami pun  solat la..cukop 5 waktu lagi tau..puasa pun tip top..xpernah nak ngelat!
Sayang-sayangku…yakinkah anda dengan ibadat dan puasa sudah cukop untuk menjamin anda tiket ke syurga?


5) Sukahati kami la nak pakai macam mana pun, asalkan kami xsusahkan hidup orang lain dah la kan. lagipun Allah tak suka kita membazir,ha yang u olz ni beli tudung, beli kerongsang, baju panjang-panjang, membazir tau tak? dah ikut amalan syaitan laknatullah tu..huh

Anda sebenarnya telah menyusahkan hidup bapa, abang, adik lelaki serta suami  anda dan menarik mereka kedalam neraka bersama-sama dengan anda disebabkan mereka gagal menegur dan mendidik anda

6) Apa yang kami pakai, club mana yang kami pergi, ini antara kami dengan Tuhan. Ha yang korang ni, cakap banyak ko dah settle ke dosa-dosa ko ngan Allah?
Berani cakap di dunia, nanti di depan Allah berani cakap tak? Lawan perintah Allah, nerakalah tempatnya dik!

7) Excuse me! ai pakai sexy-sexy macam ni sebab permintaan dari produscer, ni kan komitmen ai terhadap kerjaya ai. Ai kena jiwai lakonan ni, barulahpengajaran dan moral of this film dapat disampaikan dengan tepat serta berkesan ke dalam hati para penonton. Inilah pengorbanan ai sebagai anak seni!
Anda sanggup patuh arahan manusia dan engkar perintah Allah? Siapa yang akan menentukan anda ke syurga atau neraka..Allah ke Produser?

8) Ermm bukannya kami tak mahu menutup aurat, cuma seru belum sampai. Kami tak mahu berlaku hipokrit terhadap diri sendiri. Lagipun takkan nak buat perubahan drastik, selow-selow la..ai tak nak nanti kena culture shock pulak
Awak..nasihat-nasihat dari pesbuk, tb al hijrah, tu sume seru la tuh..menyeru anda ke arah kebaikkan. Nak seru yang macam mana lae?

9) huh orang body tak lawa je yang pakai balut sana balut sini, kitaorang rambut lurus, kulit mulus, pipi gebus..rugila kalau simpan..lagipun time muda-muda macam nilah nak bergaya dah tua-tua nanti pakai macam gini orang cakap buang tebiat pulak
Dik senang kira, nak habaq mai yang mati itu tidak mengenal usia, tidak berbau dan tidak pula diberikan surat amaran, kalau sampai masa matilah anda!

10) Ala yang pakai tudung tu jauh lebih jahat dari kami, bila mereka tengok kami, dalam hati mereka mesti timbul perasaan mereka perempuan baik-baik, riak, ujub dan takbur kan? hah ingat diri tu bagus sangat, padahal saham dosa dah bertimbun di akhirat. Apa pandang-pandang..jeles lettew ko xde body mcm ak?
Sayangku, benda yang elok dan cantik itu kita balut kita tutop dan simpan elok-elok supaya tak dirosakkan, kalau kita biar terbuka tu, dah busuk..dah xelok..macam lolipop yang jatuh atas tanah..sape lagi yang nak? kalau ada orang kutip ambil makan pun , nanti kena penyakit 
Sekadar teguran buat diri sendiri dan kaum seagama yang lain, tidak ada niat untuk menyakiti hati sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang dan ambil berat orang lain terhadap diri kita. Dalam kehidupan, jangan jadikan alasan itu sebagai penghalang. Islam itu indah dan merupakan kejayaan di dalam keidupan.

p/s: Kaum wanita katakanlah ‘aurat saya mahkota saya’..kaum lelaki jalankan tanggungjawab anda sebagai khalifah di muka bumi allah ini

Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem Terbongkar!

Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem Terbongkar | Ini kisah perjalanan Ustaz Amin ketika membawa rombongan umat Islam Malaysia di bumi Palestin. Sebagai umat Islam di Malaysia, sama-samalah kita ambil ikhtibar dan pedoman bagi mengukuhkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Inilah antara kertas kerja yang tertinggal di dalam bas yang dinaiki Ustaz Amin.
Dulu orang luar menganggap negara kita, sebuah negara yang naif. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa orang Malaysia masih mengamalkan kehidupan normad dan berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Mereka turut menganggap kita duduk di atas pokok, di dalam hutan. Namun, telahan mereka terbukti salah. 

Selepas negara ini merdeka, mereka turut tidak menduga bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya. Mereka turut tidak menduga bahawa orang Malaysia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka beranggapan pendidikan negara ini mundur dan kuasa penjajahan pula memang tidak meninggalkan silibus pendidikan untuk membantu  anak-anak di negara ini.

Bumi Malaysia bumi yang bertuah. Krew PRU13 menyeru semua agar bersatu padu dan mengelakkan perpecahan saudara seagama di negara ini. Kita sedang berada di hujung tanduk apabila ada usaha Kristian dari negara luar mahu merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia. Bunga-bunga itu sudah ada dan disemai oleh mereka.

Sedang ada pihak yang mendoakan kejatuhan kerajaan Islam, ada juga pihak dalam negara ini menambah untuk memberikan hak kebebasan agama kepada umat Islam di negara ini. Ianya seperti sebuah cerita, jika dilakonkan dan diceritakan setiap hari, tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

Tolonglah prihatin dan kemaskini kepribadian diri kerana Kristian dari masa ke semasa diserapkan di bumi bertuah ini. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

Ini petikan dari Web Ustaz Amin,

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in sending missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Adakah ini tidak cukup lagi??

Masih pelik memikirkan doa dari jemaah PAS pada satu ketika dan binggung memikirkan kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari seorang berbangsa Kristian mengenai hak beragama bagi umat Islam.

Isu Kiamat Pada 21-12-12!

Isu Kiamat Pada 21-12-12 | PARIT BUNTAR : Umat Islam di negara ini digesa tidak terpedaya dengan ramalan berlakunya hari kiamat pada 21 Disember 2012 oleh segelintir musuh Islam bagi mengelakkan akidah mereka tercemar.

Imam Masjid Batu 2, Shamsul Bahrin Din dalam khutbah Jumaatnya, berkata, dakwaan musuh Islam mendakwa terdapat bukti kononnya menjurus kepada kepercayaan itu adalah tidak berasas memandangkan pengetahuan hari kiamat hanya diketahui Allah SWT.


Menurutnya, segelintir media massa turut memainkan peranan negatif dalam menyebarkan iklan satu jenama shampu yang menggunakan isu itu sebagai jalan cerita sehingga menyebabkan ada umat Islam terpedaya, menggambarkan keadaan musuh Islam yang cuba merosakkan akidah mereka secara halus.

“Lebih membimbangkan, saban hari ada sahaja hadis palsu yang dimuat turun menggunakan medium internet kononnya untuk membuktikan hari kiamat berlaku pada 21/12/12 adalah sahih.

“Biar pun orang Islam wajib mempercayai adanya hari kiamat, tetapi kita harus menyedari Allah SWT tidak menjelaskan bilakah tarikh hari itu berlaku walaupun terhadap Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW,” katanya sewaktu menyampai khutbah Jumaat kepada lebih 700 jemaah, di sini, semalam.

Shamsul Bahrin berkata, kerahsiaan hari kiamat bukan hanya melampaui pengetahuan Nabi Muhammad SAW, bahkan malaikat Israfil yang bertugas meniup sangkakala juga tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar.

“Jadi, malaikat Israfil hanya bersiap-sedia menunggu arahan daripada Allah SWT untuk menjalankan tugas sebagai peniup sangkakala.

“Bagaimana mungkin manusia biasa boleh menerima bahawa tarikh kiamat mampu diramalkan pihak tertentu yang mendakwa diri mereka cerdik pandai,” katanya.

Shamsul Bahrin berkata, kedangkalan musuh Islam terbukti pada sekitar tahun 80-an di mana terdapat segelintir saintis barat menjangkakan berlakunya perlanggaran bumi dengan komet Haley yang bakal menyebabkan kiamat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ramalan itu meleset, sebaliknya dunia menjadi semakin maju hasil kurniaan nikmat pemberian Allah SWT.

“Kita tidak boleh memandang ringan perkara ini dan jika momokan atau dakyah mengenai berlakunya kiamat pada 21/12/12 terus diperkatakan, dibimbangi umat Islam yang kurang mantap asas agama akan terpengaruh.

“Golongan yang membuat ramalan hari kiamat itu mempunyai motif tertentu, bahkan pada hakikatnya perkara dilakukan mereka turut memberi saham kemenangan kepada syaitan untuk menyesatkan manusia,” katanya.

SEBAB JIN MERASUK MANUSIA!

PUNCA JIN MERASUK MANUSIA | WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya." Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat." katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN MERAMAL KEDATANGAN RASULULLAH!


KITAB INJIL BERUSIA 1500 TAHUN MERAMAL KEDATANGAN RASULULLAH | ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.

WALLAHUA’LAM

SEJARAH MEE SEGERA!

3:15 PM By 1 comment

SEJARAH MEE SEGERA | Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. 

Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.


Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. 

Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.


Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. 

Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi. 

Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.


Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka. Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.


Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.

China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.

Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand. Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.

SPERMA BOLEH JADI PENAWAR!

SPERMA BOLEH DIJADIKAN PENAWAR | Tahukan anda air mani @ sperma boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit? Baca kat bawah ni..

Please jangan buang merata-rata air mani tu.


1. Penyakit Diabetes.

Kajian ini telah dipelopori oleh para penyelidik daripada Georgetown University Medical Centre di Washington DC, Amerika Syarikat. Semasa di ujikaji, teknologi ini ternyata berjaya dan diharap dapat digunakan kepada manusia.

Seperti yang dikutip dari Healthday, Isnin (20/12/2010), penggunaan sel penghasil sperma mempunyai banyak kelebihan berbanding penggunaan sel pankreas. Sel penghasil sperma diambil daripada testis penderma itu sendiri dan tidak akan ada risiko penolakkan sel seperti yang di alami oleh penderma sel pankreas.

Selain menghasilkan hasil yang cukup memberangsangkan, terapi ini juga menjadi sangat terkenal kerana mampu mengubah fungsi sel penderma sperma menjadi insulin. Dalam hal ini, bukan sel penderma sperma sahaja yang boleh digunakan dalam terapi malah cairan sperma itu sendiri juga boleh digunakan.

2. Penyakit Kemurungan.

Terjawab pada tahun 2002 iaitu pada tahun yang sama ia diterbitkan di dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. Kajian yang dilakukan oleh para saintis di State University of New York telah mengungkap manfaat sperma untuk mengubati penyakit kemurungan pada orang perempuan.

Manfaat ini diperolehi ketika perempuan yang mengalami kemurungan melakukan hubungan seks dengan pasangannya tanpa menggunakan kondom dan membiarkan ejakulasi terjadi di dalam vagina. Secara tidak langsung, lebihan sperma yang masih berada di dinding vagina akan diserap ke dalam pembuluh darah yang berada di sekeliling vagina dan diyakini akan memberi kesan yang menenangkan kepada wanita tersebut.

3. Masalah Jerawat.

Kegunaan lain sperma juga pernah digunakan untuk mengubati masalah jerawat, meskipun secara klinikalnya belum ada kajian khusus yang membuktikan keberkesanannya. Namun secara teori, proses perubatan tersebut dinilai sebagai cukup berkesan kerana sperma mengandungi sejumlah khasiat yang bermanfaat untuk rawatan kulit.

Seperti yang dikutip dari Bestacnetreatmentstips.com, kandungan khasiat di dalam sperma yang boleh melawan jerawat adalah Vitamin C. Hal ini kerana ia merupakan bahan anti-oksidan yang boleh menyah-toksin atau menyingkirkan bahan asing dan kotor yang ada di sekitar permukaan kulit.

4. Masalah Kulit Berkedut.

Selain itu, dengan adanya kandungan anti-oksidan pada sperma juga memberi jaminan bahawa sperma bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat berkedut. Kandungan yang sama juga boleh ditemui di dalam produk-produk anti penuaan seperti yang dijual di pasaran.

Amalan Makan Panadol Jika Sakit Kepala Boleh Membawa Padah!

Amalan Makan Panadol Jika Sakit Kepala Boleh Membawa Padah | Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.


“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem Terbongkar!

Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem Terbongkar | Ini kisah perjalanan Ustaz Amin ketika membawa rombongan umat Islam Malaysia di bumi Palestin. Sebagai umat Islam di Malaysia, sama-samalah kita ambil ikhtibar dan pedoman bagi mengukuhkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Inilah antara kertas kerja yang tertinggal di dalam bas yang dinaiki Ustaz Amin.
Dulu orang luar menganggap negara kita, sebuah negara yang naif. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa orang Malaysia masih mengamalkan kehidupan normad dan berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Mereka turut menganggap kita duduk di atas pokok, di dalam hutan. Namun, telahan mereka terbukti salah. 

Selepas negara ini merdeka, mereka turut tidak menduga bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya. Mereka turut tidak menduga bahawa orang Malaysia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka beranggapan pendidikan negara ini mundur dan kuasa penjajahan pula memang tidak meninggalkan silibus pendidikan untuk membantu  anak-anak di negara ini.

Bumi Malaysia bumi yang bertuah. Krew PRU13 menyeru semua agar bersatu padu dan mengelakkan perpecahan saudara seagama di negara ini. Kita sedang berada di hujung tanduk apabila ada usaha Kristian dari negara luar mahu merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia. Bunga-bunga itu sudah ada dan disemai oleh mereka.

Sedang ada pihak yang mendoakan kejatuhan kerajaan Islam, ada juga pihak dalam negara ini menambah untuk memberikan hak kebebasan agama kepada umat Islam di negara ini. Ianya seperti sebuah cerita, jika dilakonkan dan diceritakan setiap hari, tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

Tolonglah prihatin dan kemaskini kepribadian diri kerana Kristian dari masa ke semasa diserapkan di bumi bertuah ini. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..

Ini petikan dari Web Ustaz Amin,

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in sending missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Adakah ini tidak cukup lagi??

Masih pelik memikirkan doa dari jemaah PAS pada satu ketika dan binggung memikirkan kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari seorang berbangsa Kristian mengenai hak beragama bagi umat Islam.