ARJUNA

Bahaya Mee Segera - Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan


Kesan Makan Maggi Pada Kesihatan - Maggi Sangat Beracun Lebih Dari Syabu | Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi.

Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?

Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Kerosakan buah pinggang disebabkan pemakanan yang tidak sihat.
Anda nampak apa yang berlaku dalam tubuh anda?


Kenapa Mumia Firaun Tutankhamun Ditemui Dengan Zakar Berdiri?


Mengapa Mumia Firaun Tutankhamun Ditemui Dengan Penis Berdiri | Mumia Firaun Mesir paling terkenal di dunia, Raja Tutankhamun, ditemui terkubur dengan kondisi penis menegak 90 darjah. Penemuan itu telah membantu pengkaji menemukan revolusi keagamaan yang dimulai oleh ayahnya.

Menurut ahli sejarah Mesir Kuno dari American University di Cairo, Salima Ikram, cara pengebumian yang pelik itu adalah upaya untuk membuatnya tampil sebagai Osiris -dewa maut atau akhirat.

"Juga merupakan usaha untuk melawan Raja Akhenaten yang merupakan ayah kepada Raja Tutankhamun, yang mendirikan sebuah agama monoteistik -dari memuja banyak dewa menjadi satu dewa," kata Ikram.

Dia menambahkan, Raja Tut tidak setuju dengan agama baru ayahnya. Ketika Tut dinobatkan menjadi firaun pada usia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masehi (SM).

Dia langsung memerintah selama sembilan tahun di masa-masa penting dalam sejarah Mesir Kuno, sebelum meninggal pada umur 19 tahun.


"Pada masa pemerintahannya, Raja Tut melakukan perubahan dengan kembali ke agama Mesir sebelumnya yang menyembah berbagai dewa," ujar Ikram.

Ikram juga menambah, penis yang sedang ereksi itu menunjukkan bahawa Raja Tut adalah seorang Osiris. Sebabnya, sejauh ini belum pernah ditemui mumia  dengan kondisi seperti itu.

"Hal ini diperkuat dengan penemuan mumia Raja Tut yang dipenuhi dengan minyak berwarna hitam. Kondisi balutan tubuh berwarna hitam itu menggambarkan bahawa dirinya adalah Osiris iaitu penguasa Mesir kuno," jelas Ikram.

Hasil terperinci dari penelitian ini telah diterbitkan di Jurnal Etudes et Travaux.

sumber: http://us.teknologi.news.viva.co.id

MISTERI KAPAL - KAPAL HANTU DI DUNIA

MISTERI KAPAL - KAPAL HANTU DI DUNIA | Mengenai cerita-cerita seram di laut boleh dikatakan kebiasaan bagi nelayan-nelayan dan sesiapa yg biasa belayar di tengah lautan terutama pada waktu tengah malam. Berikut adalah 10 kisah misteri dan kapal-kapal berhantu yg terkenal di dunia.

1. Kapal Caleuche


Ia adalah legenda kepercayaan mitologi Chilota (Negara Chile), di mana ia digambarkan sebagai kapal berhantu, yang datang pd setiap malam berhampiran kepulauan Chile. Ia dikatakan kapal itu membawa semangat dari orang-orang yang telah mati lemas di lautan. Kapal Caleuche adalah menakjubkan dan cantik, sentiasa terang,didengari oleh bunyi muzik parti dan hilaian ketawa di atas kapal di tengah malam.
Walau bagaimanapun kapal berhantu itu muncul dlm beberapa saat dan kemudian hilang dlm kegelapan malam atau juga spt ianya tenggelam dlm laut.

2.Kapal SS Valencia


Pada tahun 1906, SS Valencia telah karam di luar pantai Vancouver, British Columbia selepas menghadapi cuaca buruk berhampiran Cape Mendocino dan selepas itu menjadi subjek utama cerita-cerita hantu misteri. Akhirnya,hanya 37orang daripada 108 orang anak kapal telah berjaya diselamatkan dgn menggunakan bot penyelamat, antara yang lain (71 orang) hilang begitu saja.
Sejak itu, ramai nelayan2 telah didakwa menyaksikan penampakan kapal hantu dengan rangka manusia di atasnya walaupun selepas beberapa dekad yang lalu kapal SS Velencia talah tenggelam.

3. Kapal Ourang Medan


Pada tahun 1947, dua kapal Amerika semasa melalui Selat Melaka pergi untuk misi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan dari anak kapal Ourang Medan. Pemanggil mendakwa anak kapal telah menyampaikan mesej ada kematian orang atas kapal. Kata-katanya dlm mesej pelik berbunyi "I die". Selepas pasukan penyelamat tiba,didapati anak-anak kapal tanpa luka tetapi semuanya mati, termasuk anjing dengan wajah mereka spt dalam ketakutan. Sebelum siasatan lanjut, kapal itu terbiar disebab kemungkinan akibat gas yg dibawa telah meletup/bocor dan mereka semua terdedah kpd gas nitroglycerin, yang ia telah dibawa secara haram. Misteri lain berkisar kisah aktiviti paranormal dan / atau pencerobohan asing.

4.Kapal Carroll A. Deering


Kapal ini telah terkandas di Shoals Diamond berhampiran Cape Hatteras, North Carolina pada tahun 1921, di mana ia telah terperangkap selama beberapa hari sebelum  pasukan penyelamat telah tiba. Kemudiannya, Coast Guard mendapati bahawa ahli krew, beberapa peralatan, buku log dan dua bot penyelamat telah hilang dari kapal ditinggalkan, sebaliknya sesetengah peralatan kapal tidak rosak atau hilang
Siasatan lain menunjukkan beberapa kapal-kapal lain juga telah hilang di dgn keadaan misteri  yang sama, kemungkinan dirompak oleh lanun ataupun aktiviti paranormal sekitar segitiga Bermuda terkenal dgn kawasan yg digeruni.

5. Kapal The Baychimo


Kapal Baychimo dibina pada awal tahun 1920-an,ia adalah salah satu kapal kehidupan sebenar hantu yang, pada tahun 1931, menjadi terperangkap dalam ais beku berhampiran Alaska. Pemilik kapal itu Syarikat Hudson Bay tidak menggambil kembali kapal yg terdampar itu sekian lama. Walau bagaimanapun, menakjubkan ia kekal terdampar dan hanyut selama tempoh 38 tahun dan sering dilihat terapung pada musim salji mencair tanpa tujuan di perairan Alaska. Keadaan cuaca yang sentiasa beku agak mustahil untuk menyelamatkan kapal itu berkemungkinan kos yg tinggi utk menarik kapal itu oleh pemilik Syarikat Hudson Bay, tetapi sejak tahun 1969, ia telah hilang sepenuhnya dan tidak kelihatan lagi. Beberapa program ekspedisi telah dilancarkan untuk mengesan kembali kapal hantu misteri itu tetapi tidak berjaya ditemui sehingga kini.

6. Kapal Octavius


Kapal Octavius ​​menjadi lebih daripada sekadar legenda pada tahun 1775, apabila sebuah kapal penangkapan ikan paus yang bernama Herald menemui kapal itu tanpa tujuan hanyut di luar pantai Greenland dan dengan semua anak-anak kapal yang mati beku dlm kesejukan di laut Artik. Untuk menambah lagi cerita yg menyeramkan, kapten kapal Octavius telah dijumpai mati kesejukan duduk di mejanya bersama buku log di hadapan kapten itu, dan dlm buku log itu tercatat tarikh penamat catatan pd tahun 1762. Berkaitan dengan itu mungkin bermakna bahawa kapal Octavius ​​telah terapung selama lebih 13 tahun dan belayar tanpa tujuan dari lalu di laut Atlantik semasa ditemui kembali oleh Herald di England dari arah Timur melalui laluan ke Barat Laut.

7.Bot Joyita


Pada tahun 1955 bot sewa khas utk pemancing ini ditemui hanyut terbiar di Laut Pasifik Selatan lima minggu selepas ia telah dilaporkan terlewat sampai kembali ke destinasinya. Misi udara dalam carian tidak dapat mengesannya sehingga sebuah kapal saudagar menemui ia hanyut hampir 600 kilometer dari tempat asal dengan tiada tanda-tanda anak kapal di dalamnya. Terdapat beg doktor dan beberapa balutan berdarah di atas dek dan radio telah menunjukkan tetapan (tune) ke isyarat kecemasan, tetapi apa yang berlaku sebenarnya di sana tidak pernah diketahui kerana semua kru-kru kapal telah hilang.

8. Kapal Lady Lovibond


Cerita yang menarik mengenai Kapal Lady Lovibond ini mengenai perasaan cinta, cemburu dan dendam melengkapkan dgn nama kapal ini dan juga kisah hantu. Pada tahun 1748, semasa sehari sebelum Hari Valentine, anak-anak kapal Lady Lovibond meraikan majlis perkahwinan kapten di atas kapal itu.Walau bagaimanapun, seorang sahabat kapten itu yang terlalu cintakan isterinya yg sekian lama menyimpan perasaan cemburu dan dendam. Dia mengemudikan kapal ke arah Sands Goodwind di Selat Inggeris, dan menenggelam kapal itu sehingga terbunuh semua anak-anak kapal. Sejak kejadian itu, kapal Lady Lovibond dilihat pd setiap 50 tahun sekali belayar sekitar Laut Kent berhampiran Selat Inggeris. Pada tahun 1798, 1848, 1898 dan 1948 telah dilihat belayar bersiar-siar belayar di lautan.Walaupun, tidak ada mana-mana sumber yg dapat mengesahkan kisah ini kerana semua kru-kru mati. Kapal ini cuba dikesan pada tahun 1998, tetapi kapal hantu yang terkenal ini terus menjadi legenda.

 9. Kapal The Mary Celeste


Mungkin yang paling terkenal kisah sebenar hantu kapal termasuk sebuah kapal Mary Celeste, yg telah ditemui hanyut di Lautan Atlantik pada thn 1872 yg ditemui dengan berkeadaan baik tanpa kerosakkan termasuk layarnya, barang-barang peribadi kru dan kargo lebih daripada 1500 tong alkohol tanpa tidak disentuh. Barang-barang yg hilang ialah bot penyelamat, buku log kapten kapal dan semua anak-anak kapal tidak diketahui. Kehilangan anak-anak kapal dan kapten menjadi misteri, persoalan mengapa mereka semua lari atau punca kematian. Teori membuat tafsiran bahawa mereka diculik oleh lanun-lanun. Tetapi ianya tidak masuk akal kerana tiada kesan keganasan ataupun barang-barang dirampas dan digeledah. Walau bagaimanapun, penjelasan yang paling munasabah mungkin ada ribut atau beberapa jenis isu teknikal, menyebabkan semua krew segera meninggalkan kapal dan guna bot penyelamat utk menyelamatkan diri,akhirnya mereka mati di laut pada kemudiannya. Sehingga kini tiada penjelasan yg munasabah.

10. Kapal The Flying Dutchman


Kisah kapal misteri Flying Dutchman yang berkaitan dengan laut kembali beberapa abad lalu. Dikatakan kapal Flying Dutchman, "kapal hantu" dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa melihat kapal dan hantu kapal Dutchman akan membawa nasib buruk ke atas kapal dan kapal mereka mungkin akan karam. Menurut fakta, kapal ini hanya nampak di kejauhan dengan sinaran cahaya samar-samar di malam hari. Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17. Beratus-ratus tahun versi cerita ini wujud dan menakutkan para pelayar-pelayar Inggeris sehingga ke abad-20.

Leica ‘Luxus II’, Antara Kamera Termahal Di Dunia

Leica ‘Luxus II’, Antara Kamera Termahal Di Dunia | Kamera yang dikatakan antara kamera termahal di dunia bukanlah kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) sebaliknya sebuah kamera antik yang disadur emas dan menggunakan kulit buaya dan biawak pada badannya. Kamera tersebut, Leica ‘Luxus II’, juga dilengkapi dengan kotak yang dibuat dari kulit biawak.

Kamera ini telah dibida dan dimiliki oleh seorang usahawan Asia pada harga RM 2.03 juta di Hong Kong beberapa hari lepas dan merupakan salah satu dari empat unit ‘edisi istimewa’ yang dikeluarkan oleh Leica pada tahun 1932 dan mungkin merupakan satu-satunya kamera tersebut yang masih wujud.

Jom tengok kamera ni,

GAMBAR TASIK BAWAH TANAH YANG MENAKJUBKAN

GAMBAR TASIK BAWAH TANAH YANG MENAKJUBKAN | Pasti kita memikirkan kawasan bawah tanah adalah tempat yang menyeramkan,tapi gambar dibawah ni pasti akan merubah perspektif kita skali lagi

Tasik Cheddar Gorge, Great Britain


Tasik Bawah Tanah Guilin, China


Danau Gua Mellisani, Geneva


Tasik Hamilton, Texas


Tasik Gua Banff, Canada


Tasik Luray Caverns, Virginia


Tasik Yucatan, Mexico