Cara Mudah Mengatasi Kemandulan ~ ARJUNA

Cara Mudah Mengatasi Kemandulan

Soalan : Assalamualaikum! Arjuna! Saya Sangat Takut Kepada Kemandulan! Tolong Kongsikan Tips Bagi Mengatasi Kemandulan!

Jawapan :

               Waalaikumussalam w.b.t Amboi! Takut ye.. Relaks la.. Tapi, betul juga cakap kamu tu.. Masa muda ni lah kita kena jaga semua anggota tubuh badan kita khususnya alat sulit.. Di sini saya titipkan sedikit info mengenai cara mudah untuk mengatasi kemandulan.. Semoga kita semua mendapat manfaatnya..


1. Banyakkan mengambil vitamin C. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan sperma menggumpal, dan kes ini mencapai 16 peratus dalam kalangan lelaki yang mandul. Dan beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mengambil suplemen vitamin C setiap hari dapat meningkatkan kesuburan dalam kalangan lelaki perokok. 
2. Redakan stress anda. Walaupun doktor belum tahu mengapa stress yang berlebihan dapat mengurangkan bilangan sperma, mempraktikkan teknik-teknik meredakan stress seperti biofeedback atau pengenduran otot progresif sangat berguna.
3. Usahakan gairah anda memuncak. Lelaki sangat terangsang ketika sedang bersanggama memancarkan semen lebih banyak dan menghasilkan sperma lebih kuat. Usahakan agar percumbuan atau foreplay anda berlangsung sekurangnya 20 minit.
4. Mengatur jadual. Hindari hubungan intim selama dua hingga lima hari sebelum pasangan anda mengalami ovulasi. Ini akan meningkatkan hitungan sperma, dan peratus sperma sihat yang anda akan pancutkan lebih banyak.
5. Jangan lebih bersukan. Orang yang bersukan secara berlebihan boleh mengurangkan bilangan sperma mereka kerana suhu yang meningkat di sekitar testis selama bersukan sangat memerlukan tenaga.
6. Memakai BOXER. Walaupun mungkin tidak seefektif yang diyakini oleh sesetengah orang, memakai boxer dapat meningkatkan bilangan sperma anda. Hal ini kerana testis anda akan lebih sejuk dan bebas.
7. Jaga berat badan. Anda disarankan untuk menurunkan berat beberapa kilogram untuk meningkatkan kesuburan anda. “Apabila berlebihan berat badan, lemak membalut testis dan menaikkan suhu testis dan membunuh sperma di dalamnya.
8. Berhati-hati dengan antibiotik. Walaupun antibiotik menyebabkan kemandulan, ada beberapa jenis yang mempengaruhi mutu sperma dengan menurunkan bilangan sperma dan kelincahan gerak sperma, atau kemampuan “berenang” nya. Yang tergolong kelompok ini adalah nitrofuran, contohnya, furazone, dan macrolides, misalnya eritromisin. Minta penisilin atau quinolone, misalnya cinoxacin (Cinobac), sebagai ganti.
9. Turunkan suhu mandi sauna. Duduk di dalam bilik mandi sauna atau di dalam air hangat, atau mandi air hangat biasa pada suhu lebih dari suhu tubuh untuk jangka masa yang terlalu lama mampu menurunkan pengeluaran sperma. Jangan menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di air hangat atau sauna, dan pastikan suhunya tidak lebih dari 36.5 C.
10. Simpan pelincir anda. Jeli atau bahan pelincir lain mungkin dapat membuat hubungan intim lebih lancar, tetapi bahan ini mampu mengurangkan kelincahan sperma, terutama yang mengandungi spermisida.
11. Berhenti merokok. Jika anda merokok, peluang anda untuk menjadi seorang ayah boleh terbang bersama asap rokok. Merokok mempunyai kaitan dengan rendahnya bilangan sperma, dan selain itu penelitian menemukan bahawa keguguran meningkat 64 peratus apabila kedua pasangan merokok atau hanya si ayah merupakan perokok.
12. Kurangkan meminum alkohol. Alkohol berlebihan mampu menurunkan bilangan sperma.
13. Hindari ubat terlarang. Pemakaian marijuana dan ubat-ubatan terlarang lain untuk jangka masa panjang mengakibatkan bilangan sperma menurun dan menyebabkan perkembangan sperma tidak normal.

2 comments: