Sebahagian daripada kelebihan Uthman bin Affan ra berdasarkan hadis.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyari r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w sedang mengguris tongkatnya di atas tanah yang berair di dalam salah sebuah kebun atau taman di Madinah datang seseorang ingin menemui Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w berkata: Bukakanlah pintu dan sampaikan kepadanya khabar gembira tentang Syurga, aku terus pergi dan mendapati orang itu adalah Abu Bakar. Aku mempersilakan beliau masuk dan menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang seorang lagi meminta supaya dibukakan pintu. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikan khabar gembira kepadanya mengenai Syurga. Aku pergi untuk membukanya dan mendapati orang itu adalah Umar lalu aku menpersilakannya masuk dan menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang lagi seseorang meminta supaya dibukakan pintu, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikanlah khabar gembira tentang Syurga atas musibah yang akan menimpanya. Aku pergi menemui orang itu, ternyata beliau adalah Othman bin Affan, maka aku bukakan pintu untuknya dan sampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: Ya Allah, berilah aku kesabaran. Hanya Allahlah tempat meminta pertolongan. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1383)
Sebahagian daripada kelebihan Ali bin Abi Talib ra berdasarkan hadis.
Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali: Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa tetapi tiada Nabi selepasku. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1384)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda ketika peperangan Khaibar: Aku akan berikan bendera ini kepada seorang lelaki, dengan tangannyalah Allah akan memberi kemenangan, yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai Allah dan RasulNya. Semalaman orang ramai berbicara siapakah yang akan diberi bendera oleh Rasulullah s.a.w. Keesokan harinya mereka pergi mendapatkan Rasulullah s.a.w dan berharap supaya Rasulullah s.a.w memberi bendera itu kepada mereka. Rasulullah s.a.w bertanya: Di manakah Ali? Mereka menjawab: Beliau, wahai Rasulullah, tetapi matanya sakit. Kemudian mereka pergi mendapatkan Ali dan membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w meludah ke dalam matanya serta berdoa untuknya. Setelah itu mata Ali terus sembuh seperti sebelumnya, lalu Rasulullah s.a.w memberikan bendera itu kepadanya. Ali berkata: Wahai Rasulullah! Aku akan memerangi mereka sehinggalah mereka seperti kita. Rasulullah s.a.w bersabda: Lakukan dengan berhati-hati sehingga kamu sampai ke wilayah mereka, kemudian serulah mereka pada agama Islam dan beritahu mereka tentang kewajipan mereka terhadap hak Allah. Demi Allah, sekiranya seseorang lelaki diberi petunjuk oleh Allah kerana kamu, adalah lebih baik bagimu daripada memiliki beberapa ekor keldai. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1385)
Diriwayatkan daripada Salamah bin al-Akwa’ r.a katanya: Di dalam peperangan Khaibar Ali berada di belakang Rasulullah s.a.w, ketika itu beliau sakit. Beliau berkata: Aku berada di belakang Rasulullah s.a.w. Setelah itu Ali keluar melintasi Rasulullah s.a.w. Pada petangnya iaitu sebelum Allah memberi kemenangan pada keesokan hari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguhnya aku akan berikan bendera ini kepada seorang lelaki yang dicintai Allah dan RasulNya dan yang mencintai Allah dan RasulNya besok. Semoga Allah memberi kemenangan padanya. Ketika kami bertemu dengan Ali, kami berkata: Inilah Ali, maka Rasulullah s.a.w memberi bendera itu dan Allah memberi kemenangan kepadanya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1386)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Semasa Rasulullah s.a.w sampai di rumah Fatimah, baginda s.a.w tidak menemui Ali di rumah tersebut. Rasulullah s.a.w bertanya: Di manakah anak bapa saudara kamu. Fatimah menjawab: Telah terjadi sesuatu antara aku dan beliau. Baginda marah padaku lalu keluar tanpa bercakap walau sepatah denganku. Rasulullah s.a.w berkata kepada seseorang: Cuba kamu cari di mana Ali. Tidak lama kemudian orang itu datang dan berkata: Wahai Rasulullah! Beliau sedang tidur di masjid. Rasulullah s.a.w menemuinya dan pada waktu itu beliau sedang tidur terlentang sementara kain serbannya terjatuh ke tanah sehingga terkena debu. Lalu Rasulullah s.a.w mengangkat kain serban itu dan berkata: Bangun wahai Abu Turab! Bangun wahai Abu Turab!. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1387)
Saturday, 21 May 2011
Kelebihan Uthman bin Affan ra dan Ali bin Abi Talib ra
Blog Archive
-
▼
2011
(44)
-
►
June
(9)
- Bertaubatlah, Walaupun Selalu Terjebak Di Dalam Do...
- Beritahu Pada Muslimah!
- 30 Fakta Tentang Lelaki!
- Ya Allah, Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Dir...
- Beza Cinta Dari Sudut Pandangan Lelaki dan Perempu...
- Lelaki Yang Baik Ibarat Petani Yang Baik!
- Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita
- Katakan Tidak Kepada Murtad!
- 9 Jenis Syaitan!
-
▼
May
(23)
- Adab Bersahabat!
- Jangan Bersedih Kerana Allah Sentiasa Bersama Kita...
- Hukum Menyanyi!
- Hukum Bermain Gitar!
- Cinta Tak Seharusnya Memiliki!
- Renungan Buat Insan Yang Bernama Lelaki...
- Fatwa Pengharaman Rokok!
- KFC Haram Dimakan!
- Hukum Couple!
- Tips Berhenti Merokok
- Keburukan Tidur Terlalu Lewat dan Bangun Lambat
- Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang...
- Kelebihan Uthman bin Affan ra dan Ali bin Abi Tali...
- Kelebihan Umar Al-Khattab ra
- Rentetan Peristiwa Kewafatan Rasulullah
- Amalan Dalam Solat Berdasarkan Sunnah Rasulullah
- Muhammad SAW Tetap Bersabar
- Kelebihan Abu Bakar As-Siddiq ra
- Khulafa Ar-Rasyidin
- Keperibadian Rasulullah SAW Memikat Jiwa Pengemis ...
- Cara Mudah Mengatasi Kemandulan
- PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT ANDA HILANG INGATAN D...
- Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
-
►
June
(9)
My Blog List
Popular Posts
-
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dip...
-
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak ...
-
Soalan : Arjuna! Benarkah KFC haram dimakan? Jawapan : Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram...
-
Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini… Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan… Namun, k...
-
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tut...
-
Rasulullah ( Sallallahu alaihi wasallam ) bersabda : " Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri ...
-
Soalan : Arjuna! Saya Mengalami Masalah Tidur Yang Serius! Saya Boleh Bertahan selama Beberapa Hari Tanpa Tidur. Benarkah Ia Mampu Memberi ...
-
Soalan : Arjuna! Saya Dah Berumur 23 Tahun.. Saya Menghidap Penyakit Pelupa Yang Sangat Serius! Kadang-kadang, Nama Bestfriend Saya Pun Say...
-
Assalamualaikum W.B.T! Ada apa dengan Kosher yahudi? Anda pernah dengar mengenai Kosher yahudi? Semasa di bangku sekolah, ustaz saya berkat...
-
... Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai se...
Labels
- Doa (1)
- HUKUM (5)
- ISLAM (2)
- Khulafa Ar-Rasyidin (4)
- Kisah Anbiya' (2)
- La Tahzan (1)
- Makanan (1)
- Misteri Dunia (2)
- MUSLIMAH (2)
- PERSAHABATAN (1)
- Rasulullah (1)
- RENUNGAN (6)
- Rumah Tangga (1)
- solat (2)
- TAZKIRAH (4)
- TIPS KESIHATAN (4)
- TIPS PERCINTAAN (7)




0 comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Arjuna Juga Manusia Biasa Yang Sedang Belajar Memperbaiki Diri.. Semoga Perkongsian Memberi Manfaat Kepada Kita Semua.. Insyaallah..