Tudung Wanita Islam Zaman Moden! ~ ARJUNA

Tudung Wanita Islam Zaman Moden!


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam, setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudungnya. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi : "barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA... 
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan? Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya... Sebar-sebarkanlah..
Selamatkan Wanita Islam.. Allah.. Allah.. Allah, lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/dipin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan.. gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini.. Agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai Wanita Islam sekalian...

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Mari kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini.. Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta..

Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat..

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan..

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh.. Inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini.. Tudung sekadar menutup kepala dan rambut.. Tapi bentuk tubuh yang lainnya masih jelas kelihatan..

Hayatilah maksud yang tersirat pada SURAH AL-WAQIAH berulangkali.. Kerana Ia Menyedarkan kepada MEREKA yang Leka Permainan DUNIA..

Firman Allah s.w.t, “Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Arjuna saja nak share pada kawan-kawan.. So, kepada siapa-siapa yang ada rasa tanggungjawab, sila share post ini kepada kawan-kawan terutama mereka yang berpakaian seperti yang dinyatakan di atas.. Pada pendapat Arjuna, semua yang kita buat adalah datang dari kehendak diri kita sendiri.. Pasal tudung, ustaz/ustazah tak ajar anda ke masa sekolah dulu? Ajar kan? Jadi, mengapa tak nak pakai dan pakai pun tak ikut cara yang betul? Anda fikirkanlah sendiri..

2 comments:

  1. terima kasih atas maklumat itu... amat bermanfaat.. :x

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang ustazah pun pakai tudung yang tidak mengiku syariat. Ditambah pula dengan perhiasan-perhiasan yang boleh menarik perhatian seperti manik-manik dan sulaman yang begemerlapan serta pin yang terjuntai-juntai dibawah dagu. Ustazah yang dimaksudkan termasuk juga ustazah selebriti yang selalu muncul di televisyen.

    ReplyDelete