Lambang Monster Energy Taktik Kristian Menyesatkan Umat Islam!
Maksud Lambang Monster Energy
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada masa kini jenama Monster Energy sudah tidak asing lagi dalam dunia permotoran. Pelbagai produk yang dikeluarkan oleh Monster Energy seperti helmet, sticker, sarung tangan, dompet dan sebagainya.
Untuk pengetahuan semua, Monster Energy dahulunya merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.
Produk ini terus berkembang di seluruh dunia dan terhasillah pelbagai jenis produk lain yang berjenama Monster Energy selepas itu. Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran di mana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.
Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.
Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.
Kini di Malaysia semakin ramai anak-anak muda yang menggilai jenama Monster Energy. Pelbagai produk yang berjenama Monster Energy yang digunakan oleh anak-anak muda sekarang antaranya ialah topi, sticker, helmet, baju, sarung tangan, dompet dan banyak lagi.
Mudah-mudahan kita mengambil pengajaran daripada info ini dan tidak terpesong dengan dakyah yang dibawa Kristian yang bertujuan untuk menyesatkan Umat Islam.
Sila sebarkan berita penting ini demi Islam.
0 comments:
Post a Comment