KISAH MISTERI PALING POPULAR DI DUNIA
5 KISAH MISTERI PALING POPULAR DI DUNIA | Kisah misteri, mungkin setiap negara atau wilayah mempunyai kisahnya masing-masing, yang tentu saja menaikkan bulu roma setiap orang saat mendengarnya.
Di Indonesia sendiri kisah misteri yang paling popular adalah si manis jambatan ancol, Nyai Dasimah, Nyi rambut kasih dan masih banyak lagi.
Namun tentu saja kita sebagai makhluk ciptaan tuhan, janganlah terlalu takut. Mencerna semua kisah-kisah misteri menjadi nilai positif, tentu saja akan membuat kita lebih dekat kepada yang Maha Kuasa.
Di Indonesia sendiri kisah misteri yang paling popular adalah si manis jambatan ancol, Nyai Dasimah, Nyi rambut kasih dan masih banyak lagi.
Namun tentu saja kita sebagai makhluk ciptaan tuhan, janganlah terlalu takut. Mencerna semua kisah-kisah misteri menjadi nilai positif, tentu saja akan membuat kita lebih dekat kepada yang Maha Kuasa.
1.ELISA DAY
Pada abad pertengahan di Eropah, tinggal seorang wanita muda bernama Elisa Day, yang keindahan digambarkan seperti sekuntum bunga mawar yang cantik. Suatu hari, seorang lelaki muda datang ke bandar itu dan langsung jatuh cinta pada Elisa. Mereka kemudian tarikh selama tiga hari. Pada hari pertama, lelaki itu melawat rumah Elisa. Hari kedua, ia membawakan Elisa setangkai mawar merah dan memintanya untuk menemuinya di mana mawar liar tumbuh.
Pada hari ketiga, ia membawa Elisa ke sungai di mana ia kemudian membunuhnya. Lelaki itu membunuh Elisa dengan menghantamkan batu ke kepala gadis itu dan berbisik: "Semua keindahan harus mati". Beberapa orang mendakwa telah melihat sosok hantu Elisa yang berkeliaran di sungai, darah kelihatan mengalir di sisi kepalanya sambil menggenggam setangkai mawar di tangannya.
Pada hari ketiga, ia membawa Elisa ke sungai di mana ia kemudian membunuhnya. Lelaki itu membunuh Elisa dengan menghantamkan batu ke kepala gadis itu dan berbisik: "Semua keindahan harus mati". Beberapa orang mendakwa telah melihat sosok hantu Elisa yang berkeliaran di sungai, darah kelihatan mengalir di sisi kepalanya sambil menggenggam setangkai mawar di tangannya.
2.BA JIAO GUI
Ba jiao gui secara harfiah diertikan sebagai hantu pisang . Hantu wanita yang tinggal di pokok pisang ini akan muncul meratap pada malam hari , kadang - kadang sambil membawa bayi . Dalam beberapa cerita rakyat dari Thailand , Malaysia dan Singapura , orang - orang senang meminta nombor undian dari hantu itu dengan harapan memenangi undian.
Mereka akan mengikat benang merah mengelilingi batang pokok dan menampal jarum di dalamnya dan kemudian mengikat hujung tali ke tempat tidur mereka . Saat malam hari , Ba jiao gui akan muncul dan memohon kepada orang - orang itu untuk membebaskannya , dan sebagai balasannya , ia akan memberikan nombor undian . Jika orang tersebut tidak memenuhi janjinya untuk membebaskan hantu tersebut selepas menang , dia akan bertemu dengan kematian yang mengerikan . Hantu ini sering disamakan dengan Kuntilanak , hantu dalam cerita rakyat Melayu.
Mereka akan mengikat benang merah mengelilingi batang pokok dan menampal jarum di dalamnya dan kemudian mengikat hujung tali ke tempat tidur mereka . Saat malam hari , Ba jiao gui akan muncul dan memohon kepada orang - orang itu untuk membebaskannya , dan sebagai balasannya , ia akan memberikan nombor undian . Jika orang tersebut tidak memenuhi janjinya untuk membebaskan hantu tersebut selepas menang , dia akan bertemu dengan kematian yang mengerikan . Hantu ini sering disamakan dengan Kuntilanak , hantu dalam cerita rakyat Melayu.
3.BLOODY MARY
Kisah misteri ini mengisahkan bahawa sesiapa yang mengucapkan kata Bloody Mary sebanyak tiga kali di depan cermin akan memanggil roh pendendam. Ini adalah sebuah legenda tua, namun tidak ada yang tahu tentang asal-usul legenda Bloody Mary. Ada banyak versi yang menceritakan tentang siapa roh pendendam dalam kisah Bloody Mary, yang khabarnya adalah seorang wanita yang dibunuh kerana berlatih sihir.
4.WILA
Dalam mitos Poland, Wila adalah roh wanita yang sering muncul dalam bentuk gadis cantik, kadang-kadang tanpa busana atau memakai pakaian putih yang berkilat, skirt hijau, dan jubah biru. Konon jika sehelai rambut Wila dicabut, dia akan mati, atau berubah ke wujud asalnya. Wila juga digambarkan mempunyai kuasa atas angin dan dapat menciptakan badai kencang. Mereka biasanya tinggal di sekitar bukit, gunung, dan timbunan tanah yang tinggi.
5.PENUMPANG MISTERI
Legenda bandar ini sangat popular di barat. Konon sesiapa yang membuat perjalanan sendiri saat malam dan mencari seorang wanita yang meminta tumpangan akan mengalami kejadian aneh yang menyeramkan. Wanita itu akan minta dihantar ke rumahnya yang hanya berjarak beberapa batu dari lokasi dia memberhentikan kereta. Sesampainya di tempat tujuan, sang pemandu akan menoleh ke kerusi belakang untuk mengatakan bahawa mereka telah sampai di tempat tujuan. Anehnya, penumpang asing itu telah hilang dari kerusinya.
CARA QADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN SELAMA 3 TAHUN!
CARA GANTI SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN SELAMA TIGA TAHUN | Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mengqada atau mengganti solat yang telah tertinggal bertahun lamanya. Di sini kami kongsikan jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini.
Soalan :
Ustaz, mohon terangkan cara bagi meng-qada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun. Bagaimana niatnya?
Jawapan Dari Ustaz Azhar Idrus :
Qada solat adalah sama caranya dengan solat fardu yang kita tunaikan. Sekiranya kita qada solat subuh, tetap ia dikerjakan dua rakaat. Niatnya adalah , “Sahaja aku solat fardhu subuh qada, dua rakaat tunai , kerana Allah” .. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada kelapangan sama ada dalam waktu subuh , waktu pagi , petang , ataupun malam.
MAS SELAMATKAN IZAN DAN MARYAM DI VIETNAM!
MAS SELAMATKAN DUA BERANAK MALANG DI HO CHI MINH VIETNAM | MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh | KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.
![]() |
Izan Suhaila Mohd. Ali mendukung anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza berusia 14 bulan ketika berada di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam. |
Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.
Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.
Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.
Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.
"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.
"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.
Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.
Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."
Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.
"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.
"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.
BACA KISAH MALANG MEREKA : KISAH BENAR AIR ASIA DAN RAKYAT MALAYSIA!
BACA KISAH MALANG MEREKA : KISAH BENAR AIR ASIA DAN RAKYAT MALAYSIA!
-UTUSAN

FAKTA KENAPA CIKGU SEKARANG TAKUT KEPADA PELAJAR!
KAJIAN KENAPA CIKGU SEKARANG LEBIH TAKUTKAN MURID | Cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang ne jauh bezanya. Kepada yang telah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, tentu anda perasaan perbezaannya. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, pernah jugak la rasa penampar, berdiri atas kerusi dan kena rotan dengan cikgu.
HAHAHAHA!
Kalau anda pernah rasa, tentu geramkan! Tapi bila teringat balik rasa macam lucu pulak. Biasalah, masa tu budak-budak lagi. Bila aku dah jadi cikgu, baru faham macam mana susah nak didik pelajar ne jadi manusia.
1.Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Tak siap kerja rumah siap kena rotan dengan penampar sampai ada yang sanggup tak nak pergi sekolah gara-gara kerja rumah yang tak siap buat.
2.Cikgu dahulu dihormati mengalahkan pak imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.
3.Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung di kawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.
4.Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya yang degil dan nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.
5.Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya. Mak bapak tak kisah kalau anak diorang kena pukul ”Cikgu nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati je".
CIKGU ZAMAN SEKARANG
1. Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar. Nanti tak pasal-pasal kereta yang tercalar dan mak bapak yang datang mengamuk kat sekolah.
2. Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.
3. Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.
4. Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya.
5. Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur ”Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu”
5. Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur ”Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu”

KISAH BENAR MAYAT KELUAR DARAH TIDAK BERHENTI!
KISAH BENAR MAYAT KELUAR DARAH TIDAK BERHENTI YANG SANGAT NGERI | Kisah yang diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki ini akan memberi keinsafan kepada kita bagaimana balasan Allah terhadap mayat yang banyak berbuat dosa.
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?
Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.
Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa. Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.
Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.
Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”
Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”
“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.
Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.
Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.
Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.
Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.
Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk….susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.
Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…
Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.
Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.
Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu.
PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin…bukan menuduh.
