Sebahagian daripada kelebihan Abu Bakar As-Siddiq ra berdasarkan hadis.
Diriwayatkan daripada Abu Bakar As-Siddiq r.a katanya: Ketika kami berada di dalam Gua Hira’ kami melihat kaki orang-orang Musyrikin berada di atas kepala kami. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya salah seorang daripada mereka melihat kakinya tentu dia akan melihat kita. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Abu Bakar! Janganlah kamu menyangka kita hanya berdua. Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1367)
Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w berada di atas mimbar, baginda s.a.w bersabda: Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, samada beliau ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah. Setelah itu Abu Bakar menangis dan berkata: Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku. Abu Said berkata: Rasulullahlah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, akan tetapi beliau merupakan saudaraku di dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar di antara dua buah rumah untuk Abu Bakar. (Hadis RiwayatBukhari dan Muslim : 1368)
Diriwayatkan daripada Amru bin al-As r.a katanya: Rasulullah s.a.w mengutus beliau iaitu Abu Bakar r.a untuk menghadapi tentera Zatu as-Salasil. Aku bertanya baginda, siapakah orang yang paling dicintai. Rasulullah s.a.w menjawab: Aisyah. Aku bertanya: Siapakah pula dari orang lelaki? Baginda s.a.w menjawab: Ayahnya iaitu Abu Bakar r.a. Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: Umar. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang Sahabat yang lain. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1369)
Hadis Jubair bin Mut’im r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jubair bin Mut’im r.a daripada ayahnya bahawa: Seorang perempuan bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu perkara, tetapi Rasulullah s.a.w menyuruhnya datang pada lain kali. Lalu perempuan itu bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah sekiranya aku datang, tetapi kamu tiada. Ayahku berkata: Perempuan tersebut seolah-olah bermaksud jika baginda wafat. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku tiada maka temuilah Abu Bakar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1370)
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w berkata kepadaku semasa baginda sakit: Panggilkan Abu Bakar dan saudara lelakimu untuk aku. Aku ingin menulis sepucuk surat, kerana aku bimbang terhadap orang-orang yang menentang akan berkata: Akulah orang yang paling berhak, sedangkan Allah dan orang mukmin tidak reda melainkan Abu Bakar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1371)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki memukul lembunya yang sedang membawa barang muatan, tiba-tiba lembu itu berpaling dan berkata: Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ini, tetapi aku diciptakan untuk membajak. Semua orang terkejut dan tidak percaya bahawa lembu boleh berkata-kata. Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang pengembala sedang mengawasi kambingnya, tiba-tiba seekor serigala menerkam ke arah kambingnya dan berjaya menangkap salah seekor dari kambingnya. Pengembala itu berusaha untuk menyelamatkan kambingnya itu tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba serigala itu berpaling dan berkata kepadanya: Siapakah pada pagi ini yang dapat menghalang dari serangan seekor binatang buas? Sedangkan hari ini tiada penggembala selain dari aku. Semua orang terkejut dan tidak percaya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1372)
Saturday, 21 May 2011
Kelebihan Abu Bakar As-Siddiq ra
Blog Archive
-
▼
2011
(44)
-
►
June
(9)
- Bertaubatlah, Walaupun Selalu Terjebak Di Dalam Do...
- Beritahu Pada Muslimah!
- 30 Fakta Tentang Lelaki!
- Ya Allah, Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Dir...
- Beza Cinta Dari Sudut Pandangan Lelaki dan Perempu...
- Lelaki Yang Baik Ibarat Petani Yang Baik!
- Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita
- Katakan Tidak Kepada Murtad!
- 9 Jenis Syaitan!
-
▼
May
(23)
- Adab Bersahabat!
- Jangan Bersedih Kerana Allah Sentiasa Bersama Kita...
- Hukum Menyanyi!
- Hukum Bermain Gitar!
- Cinta Tak Seharusnya Memiliki!
- Renungan Buat Insan Yang Bernama Lelaki...
- Fatwa Pengharaman Rokok!
- KFC Haram Dimakan!
- Hukum Couple!
- Tips Berhenti Merokok
- Keburukan Tidur Terlalu Lewat dan Bangun Lambat
- Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang...
- Kelebihan Uthman bin Affan ra dan Ali bin Abi Tali...
- Kelebihan Umar Al-Khattab ra
- Rentetan Peristiwa Kewafatan Rasulullah
- Amalan Dalam Solat Berdasarkan Sunnah Rasulullah
- Muhammad SAW Tetap Bersabar
- Kelebihan Abu Bakar As-Siddiq ra
- Khulafa Ar-Rasyidin
- Keperibadian Rasulullah SAW Memikat Jiwa Pengemis ...
- Cara Mudah Mengatasi Kemandulan
- PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT ANDA HILANG INGATAN D...
- Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
-
►
June
(9)
My Blog List
Popular Posts
-
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dip...
-
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak ...
-
Soalan : Arjuna! Benarkah KFC haram dimakan? Jawapan : Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram...
-
Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini… Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan… Namun, k...
-
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tut...
-
Rasulullah ( Sallallahu alaihi wasallam ) bersabda : " Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri ...
-
Soalan : Arjuna! Saya Mengalami Masalah Tidur Yang Serius! Saya Boleh Bertahan selama Beberapa Hari Tanpa Tidur. Benarkah Ia Mampu Memberi ...
-
Soalan : Arjuna! Saya Dah Berumur 23 Tahun.. Saya Menghidap Penyakit Pelupa Yang Sangat Serius! Kadang-kadang, Nama Bestfriend Saya Pun Say...
-
Assalamualaikum W.B.T! Ada apa dengan Kosher yahudi? Anda pernah dengar mengenai Kosher yahudi? Semasa di bangku sekolah, ustaz saya berkat...
-
... Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai se...
Labels
- Doa (1)
- HUKUM (5)
- ISLAM (2)
- Khulafa Ar-Rasyidin (4)
- Kisah Anbiya' (2)
- La Tahzan (1)
- Makanan (1)
- Misteri Dunia (2)
- MUSLIMAH (2)
- PERSAHABATAN (1)
- Rasulullah (1)
- RENUNGAN (6)
- Rumah Tangga (1)
- solat (2)
- TAZKIRAH (4)
- TIPS KESIHATAN (4)
- TIPS PERCINTAAN (7)




0 comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Arjuna Juga Manusia Biasa Yang Sedang Belajar Memperbaiki Diri.. Semoga Perkongsian Memberi Manfaat Kepada Kita Semua.. Insyaallah..