Apabila Quraisy melihat semua usaha yang mereka lakukan tidak berjaya, mereka mula bertindak kasar di luar akhlak Arab dan akhlak kemanusiaan. Mereka mula mengejek dan menghina Muhammad terutamanya apabila bertemu dengan Muhammad khususnya semasa Baginda mengerjakan tawaf di Kaabah. Pada suatu hari, para pembesar Mekah berpakat untuk memukul Muhammad. Pada hari yang ditetapkan, apabila Muhammad datang ke Kaabah, mereka semua mengerumuni Muhammad dan memukul Baginda dari semua penjuru.
Siti Fatimah, anak perempuan Muhammad yang lalu di situ ternampak akan hal itu. Tetapi dia tidak berdaya menolong ayahnya. Dia mengadu kepada Abu Bakar dan Abu Bakar terus berlari ke Kaabah. Dia masuk ke dalam kumpulan pembesar-pembesar Quraisy yang sedang memukul Muhammad dan dikeluarkannya Muhammad. Sambil menangis Abu Bakar berkata kepada Quraisy, “Adakah kamu hendak membunuh orang hanya kerana dia menyebut Tuhannya Allah. Hanya kerana ini kamu mahu membunuhnya”. Muhammad tetap bersabar biarpun diperlakukan sehingga begitu sekali.
Pada hari lain pula, pembesar-pembesar Quraisy sedang duduk berdekatan Kaabah termasuk Abu Jahal. Setiap kali Muhammad melalui mereka, Abu Jahal mencerca dan mengutuk Muhammad dengan perkataan yang tidak pernah sesiapa menyebutnya. Muhammad tetap sabar dan tenang.
Ada seorang menyaksikan kejadian itu. Hatinya tidak tahan melihat Muhammad dihina begitu. Dia terpaksa meninggalkan Kaabah kerana tidak sanggup menyaksikan perkara itu dan dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Dalam perjalanan, dia bertemu dengan Hamzah, bapa saudara Muhammad, pahlawan Quraisy yang tiada tandingan. Dia baru pulang dari memburu singa kerana itu adalah antara hobinya. Perempuan ini mengadu perkara yang Abu Jahal lakukan kepada Muhammad.
Hamzah bertanya, “Adakah tidak ada orang bangun mempertahankan Muhammad dan menghalang Abu Jahal”.
Perempuan ini berkata, “Tidak ada, wahai Hamzah”.
Hamzah yang belum Islam lagi pada masa itu terlalu marah mendengar penghinaan itu. Dia cepat-cepat ke Darul Nadwah dan memukul Abu Jahal sehingga berdarah kepalanya. Hamzah dengan tegas bercakap kepada Abu Jahal dan pembesar Quraisy, “Apakah kamu menghina Muhammad sedangkan aku juga masuk agamanya”.
Dipukulnya lagi Abu Jahal, tetapi tidak ada yang berani menolong. Suku Makhzum, suku Abu Jahal bangun bagi membela Abu Jahal. Abu Jahal tidak membenarkannya dan mengaku dia yang bersalah kerana menghina Muhammad, anak saudara Hamzah. Hamzah terfikir bagaimana kata-kata itu boleh keluar daripada mulutnya sedangkan dia belum Islam. Dia berasa pelik dengan dirinya sendiri.
Akhirnya, dia bermunajat kepada Tuhan. “Kalau ini adalah kebenaran dan kebaikan, datangkanlah keyakinan ke dalam hatiku, tetapi kalau sebaliknya, berilah jalan keluar kepadaku”.
Hamzah berkata, “Selepas itu Tuhan campakkan keyakinan ke dalam hatiku”.
Dia terus mencari Muhammad dan mengucap dua kalimah syahadah iaitu kata-kata yang membuktikan individu itu Islam iaitu ashhadu alla ilaha illallah wa ashhadu anna Muhammada Rasulullah yang bermaksud aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah di hadapan Muhammad. Muhammad terlalu gembira dengan keislaman Hamzah.
Saturday, 21 May 2011
Muhammad SAW Tetap Bersabar
Blog Archive
-
▼
2011
(44)
-
►
June
(9)
- Bertaubatlah, Walaupun Selalu Terjebak Di Dalam Do...
- Beritahu Pada Muslimah!
- 30 Fakta Tentang Lelaki!
- Ya Allah, Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Dir...
- Beza Cinta Dari Sudut Pandangan Lelaki dan Perempu...
- Lelaki Yang Baik Ibarat Petani Yang Baik!
- Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Kaum Wanita
- Katakan Tidak Kepada Murtad!
- 9 Jenis Syaitan!
-
▼
May
(23)
- Adab Bersahabat!
- Jangan Bersedih Kerana Allah Sentiasa Bersama Kita...
- Hukum Menyanyi!
- Hukum Bermain Gitar!
- Cinta Tak Seharusnya Memiliki!
- Renungan Buat Insan Yang Bernama Lelaki...
- Fatwa Pengharaman Rokok!
- KFC Haram Dimakan!
- Hukum Couple!
- Tips Berhenti Merokok
- Keburukan Tidur Terlalu Lewat dan Bangun Lambat
- Perempuan Tidak Suka Lelaki Yang...
- Kelebihan Uthman bin Affan ra dan Ali bin Abi Tali...
- Kelebihan Umar Al-Khattab ra
- Rentetan Peristiwa Kewafatan Rasulullah
- Amalan Dalam Solat Berdasarkan Sunnah Rasulullah
- Muhammad SAW Tetap Bersabar
- Kelebihan Abu Bakar As-Siddiq ra
- Khulafa Ar-Rasyidin
- Keperibadian Rasulullah SAW Memikat Jiwa Pengemis ...
- Cara Mudah Mengatasi Kemandulan
- PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT ANDA HILANG INGATAN D...
- Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
-
►
June
(9)
My Blog List
Popular Posts
-
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dip...
-
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak ...
-
Soalan : Arjuna! Benarkah KFC haram dimakan? Jawapan : Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram...
-
Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini… Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan… Namun, k...
-
Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tut...
-
Rasulullah ( Sallallahu alaihi wasallam ) bersabda : " Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri ...
-
Soalan : Arjuna! Saya Mengalami Masalah Tidur Yang Serius! Saya Boleh Bertahan selama Beberapa Hari Tanpa Tidur. Benarkah Ia Mampu Memberi ...
-
Soalan : Arjuna! Saya Dah Berumur 23 Tahun.. Saya Menghidap Penyakit Pelupa Yang Sangat Serius! Kadang-kadang, Nama Bestfriend Saya Pun Say...
-
Assalamualaikum W.B.T! Ada apa dengan Kosher yahudi? Anda pernah dengar mengenai Kosher yahudi? Semasa di bangku sekolah, ustaz saya berkat...
-
... Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai se...
Labels
- Doa (1)
- HUKUM (5)
- ISLAM (2)
- Khulafa Ar-Rasyidin (4)
- Kisah Anbiya' (2)
- La Tahzan (1)
- Makanan (1)
- Misteri Dunia (2)
- MUSLIMAH (2)
- PERSAHABATAN (1)
- Rasulullah (1)
- RENUNGAN (6)
- Rumah Tangga (1)
- solat (2)
- TAZKIRAH (4)
- TIPS KESIHATAN (4)
- TIPS PERCINTAAN (7)




0 comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Arjuna Juga Manusia Biasa Yang Sedang Belajar Memperbaiki Diri.. Semoga Perkongsian Memberi Manfaat Kepada Kita Semua.. Insyaallah..