Khulafa Ar-Rasyidin ~ ARJUNA

Khulafa Ar-Rasyidin


Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad saw. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum.
Mereka menjalankan tanggungjawab umum yang sesuai dengan tujuan syara’ (hukum Islam) yang bertujuan untuk mewujudkan cara penyelesaian pedoman di dunia dan di akhirat bagi umat Islam. Iaitu kepemimpinan menyeluruh yang berkaitan dengan urusan agama dan urusan dunia sebagai pengganti Rasulullah.
Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khalifah Ar-Rasyidin terdiri daripada empat sahabat.
1. Saidina Abu Bakar As-Siddiq (634-636M)
Saidina Abu Bakar dipilih menjadi Khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasullullah melalui perbincangan dan perdebebatan antara kaum Ansar dan Muhajirin dalam pertemuan mesyuarat (syura). Kemudian Saidina Abu Bakar telah mencalonkan Saidina Umar Al-Khattab sebagai penganti beliau dalam satu mesyuarat dan rujukan daripada beberapa sahabat utama dan menyampaikannya kepada umat islam yang berkumpul di Masjid Nabawi.
2. Saidina Umar Al-Khattab (636-646M)
Setelah dicalonkan oleh Saidina Abu Bakar dan mendapat persetujuan daripada ahli mesyuarat dalam bentuk bertulis yang ditulis oleh Uthman bin Affan, Saidina Umar menjadi Khalifah yang kedua menggantikan Saidina Abu Bakar yang telah wafat. Saidina Umar telah membentuk Dewan Syura yang terdiri daripada 6 orang sahabat utama bagi memilih pengganti beliau.
3. Saidina Uthman Bin Affan (646-658M)
Setelah dicalonkan oleh Saidina Umar, Saidina Uthman diangkat menjadi Khalifah yang ke-3 bagi menggantikan Saidina Umar yang telah wafat. Perlantikan beliau tidak dipersetujui dan ditentang oleh penyokong Ali Bin Abi Talib. Beliau telah dibunuh oleh pengikut-pengikut Ali oleh pasukan dari Mesir.
4. Saidina Ali bin Abi Talib (658-663M)
Setelah Saidina Uthman dibunuh, keadaan di Madinah menjadi kacau-bilau dan pada saat itulah para pemberontak telah mengusulkan kepada penduduk Madinah supaya mengangkat Saidina Ali menjadi khalifah yang ke-4.
Pada masa zaman ini, Islam telah berkembang di Timur Tengah yang merangkumi Mesir, Palestin, Syria, Iraq dan Iran. Selepas kewafatan Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

2 comments: