30 Fakta Tentang Lelaki! ~ ARJUNA

30 Fakta Tentang Lelaki!


1. Sebenarnya, insan yang digelar Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, tetapi yang dicari adalah wanita yang membuatkan lelaki sejuk hati melihatnya dan mempesona.
(Si dia selalu meminta anda berdandan bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin kamu kelihatan mempersonakan dimatanya).

2. Lelaki sangat benci apabila dikhianati.
(Walaupun mereka ego, gagah, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah juga).

3.  “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan ?” adalah ayat yang paling
selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon.
(Mereka memang bukan makhluk yang pandai bersopan santun,
tetapi mereka sangat-sangat ingin tahu semua perkara tentang diri anda).

4. Jika seorang lelaki serius mencintai kamu,dia akan menerima kamu seadanya.
Tidak peduli kamu gemuk, hitam atau berjerawat.
(Mereka mungkin akan memberi nasihat pada kamu untuk diet ketika kamu merasa gemuk,
tetapi mereka tulus mencintai kamu).

5. Lelaki sangat suka ketika melihat senyuman dan gelak tawamu.
(Untuk itu jangan dipelihara muka yang masam di wajah kamu,
senyumlah dan buatlah dia semakin terpesona).

6. Percaya atau tidak, lelaki adalah hakim yang adil dan baik.

7. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

8. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat,
sekaligus kekasih baginya.

9. Kamu boleh memahami lelaki, kecuali jika kamu menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri kamu.

10. Lelaki lebih menyukai wanita yang sopan,
jika dibandingkan dengan wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

11. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian kamu.
(Termasuk menceritakan kisahnya yang lalu,
walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya kepada kamu).

12. Lelaki tidak suka jika kamu bercerita tentang bekas kekasih kamu.
(Walau kadang-kadang dia suka bercerita tentang bekas kekasihnya kepada kamu, tetapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih kamu).

13. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua kamu, jangan ragu-ragu dan malu.
(sebenarnya dia benar-benar serius dengan kamu!)

14. Ketika kamu membuatkan seorang lelaki jatuh cinta, bermakna hal itu adalah sesuatu yang sukar dilupakan sepanjang hidup mereka.
(Untuk itu boleh dikatakan lelaki juga lemah dan susah melupakan perkara sukar itu dibandingkan dengan wanita).

15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuatkan dia tertanya-tanya dan bahkan mungkin akan mencurigai kamu.
(Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

16. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji / merayu kamu.
(Ini bermakna mereka memang menyayangi kamu dan itulah sebabnya mengapa mereka memuji kamu supaya hal itu akan mmbuatkan kamu senang bersamanya.)

17. Lelaki ingin selalu berkongsi semua perkara dengan kamu, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik.
(Untuk itu, jangan memaksa dirinya bercerita jika memang dia belum bersedia untuk bercerita kepada kamu)

18. Bagi lelaki, melupakan seseorang yang sangat disayanginya, memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

19. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

20. Lelaki akan menyimpan sebahagian duitnya hanya untuk membeli hadiah walaupun kecil untuk kamu.

21. Kamu tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali kamu menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri kamu.

22. Lelaki ingin selalu berkongsi semua perkara dengan kamu, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik.
(Untuk itu, jangan memaksa dirinya bercerita jika memang dia belum bersedia untuk bercerita kepada kamu).

23. Lelaki juga mudah menangis dan tersentuh.
(ketika mereka kecewa atau sedang bersedih, mereka juga boleh menangis seperti kamu. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya).

24. Jika kamu tahu bagaimana menawan lelaki kamu, mereka tidak akan mampu berjauhan dari kamu.

25. Jika seorang lelaki dengan bersungguh-sungguh mengatakan, kamu adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya itu tulus dari dalam hatinya.

26. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki.
(Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata kamu. Mereka juga tidak suka melihat kamu bersedih).

27. Tidak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

28. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.
Hasilnya, kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

29. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh.
(Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu terlalu sukar untuk diwujudkan).

30. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang terlebih aktif.
(Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu beria-ria hendak keluar dengan anda)


Arjuna rasa, ini hanyalah pendapat umum mengenai lelaki. Namun, sifat sebenar sesorang lelaki itu hanya dapat anda ketahui setelah mengenalinya.. Insyaallah.

2 comments: