Ya Allah, Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Diriku Sendiri…
يا حي يا قيوم
Wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri Sendiri
برحمتك استغث
Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan
اصلح لي شأني كله
Perbaikilah untukku urusan semuanya
ولا تكلني الى نفسي
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri
طرفة عين
Walau sekelip mata
Diriwayatkan bahawa do`a di atas telah diajarkan oleh Rasulullah sallAllahu `alahi wasallam kepada puterinya, Fatimah radhiAllahu `anha. (Riwayat Nasa’i, al-Bazzar & al-Hakim, dinilai hasan oleh Nasiruddin al-Albani)
Do`a ini amat besar maknanya. Ia menggambarkan kebergantungan dan pengharapan yang amat tinggi dari sang makhluq kepada Khaliqnya. Amalkanlah do`a ini dan hayatilah maksudnya. Nescaya akan datang rasa sakinah dan tawakkal yang tinggi di dalam diri kita semua, insyaALLAH.
Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang benar.. Semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua.. Insyaallah..
Kredit : Ustaz Muzir
"Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertwakkal" :)
ReplyDeleteSaya setuju.. ;)
ReplyDeleteJaga diri saudaraku... :)
ReplyDeleteAwak juga.. ;)
ReplyDelete