Beza Cinta Dari Sudut Pandangan Lelaki dan Perempuan! ~ ARJUNA

Beza Cinta Dari Sudut Pandangan Lelaki dan Perempuan!



Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan

Membahas soal ‘cinta’ bukanlah perkara yang mudah, kerana memang sampai sekarang belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.

Apakah bezanya?

Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?

Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahawa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.


Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?

Benar. Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini karena lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya.
Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.


Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?

Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang dialaminya. Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahawa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?

Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk berbakti bagi isterinya dan menyanjungnya.


Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?

Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan pengesahan hubungan mereka.

Sebenarnya, apa yang kita bincangkan di atas ada betulnya.. Namun, terpulang kepada kita untuk mencorak rasa cinta kita.. Tolak ansur dalam sesebuah perhubungan amatlah penting.. Arjuna menasihatkan, kenali dulu sebelum mencintai..

4 comments:

  1. Saya macam jatuh cinta sama Arjuna... ups.
    Tapi saya belum kenal sama Arjuna.. Jadi nda jadilah jatuh cinta.. keh²

    ReplyDelete
  2. Heh! Awak kwan Mazeer kan? Mazeer tu kawan saya.. Someday, kita dapat kenal jugak, Insyaallah. ;;-)

    ReplyDelete
  3. Ngeh! Baiklah... Akan dinantikan saat itu tiba... :)

    ReplyDelete