PUISI TERINDAH UNTUK PALESTIN!
Untukmu saudara..
Doaku kepada ilahi takkan pernah putus..
Siangku, malamku, sentiasa mengenang nasibmu..
Deritamu,laungmu,hanya dapat ku lihat dari kejauhan..
Nasibmu, tangismu, hanya kau yang merasa..
Dengarlah saudara..
Perjuanganmu akan sentiasa ku ikuti..
Hidupmu, matimu, sentiasa di jalan yang benar..
Jasadmu, jiwamu, sentiasa untukNya..
SyurgaNya pasti akan kau miliki..
Teruskan perjuangan yang abadi..
Saudara..
Walaupun kau di dunia ini mederita..
Namun, di akhirat kelak, kamu akan bahagia..
Perjuanganmu yang abadi akan terbalas dengan kebahagiaan di akhirat kelak..
Jihadmu pasti akan di balas dengan syurgawi..
Akukah atau kamu yang patut bersedih??
Tangisku saudaraku..
Sedihku, deritaku..
Mataku, telingaku..
Melihat maksiat sana sini..
Mendengar makian sana sini..
Jasadku, jiwaku..
Kurang beribadat kepadaNya..
Kurang mengingati diriNya..
Dosa bagaikan pasar malam di mindaku..
Akukah atau kamu yang harus bersedih??
(Hidup palestin!! Teruskan semangat perjuangan yang abadi!!)
Sumber
P/s : Jika anda punya puisi untuk Palestin, sila kongsikan di ruang komen!
Sumber
P/s : Jika anda punya puisi untuk Palestin, sila kongsikan di ruang komen!
0 comments:
Post a Comment