Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem Terbongkar!
Agenda Kristian Untuk Malaysia Di Jerusalem Terbongkar | Ini kisah perjalanan Ustaz Amin ketika membawa rombongan umat Islam Malaysia di bumi Palestin. Sebagai umat Islam di Malaysia, sama-samalah kita ambil ikhtibar dan pedoman bagi mengukuhkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Inilah antara kertas kerja yang tertinggal di dalam bas yang dinaiki Ustaz Amin. |
Dulu orang luar menganggap negara kita, sebuah negara yang naif. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa orang Malaysia masih mengamalkan kehidupan normad dan berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Mereka turut menganggap kita duduk di atas pokok, di dalam hutan. Namun, telahan mereka terbukti salah.
Selepas negara ini merdeka, mereka turut tidak menduga bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur dan kawasan berhampirannya. Mereka turut tidak menduga bahawa orang Malaysia fasih berbahasa Inggeris kerana mereka beranggapan pendidikan negara ini mundur dan kuasa penjajahan pula memang tidak meninggalkan silibus pendidikan untuk membantu anak-anak di negara ini.
Bumi Malaysia bumi yang bertuah. Krew PRU13 menyeru semua agar bersatu padu dan mengelakkan perpecahan saudara seagama di negara ini. Kita sedang berada di hujung tanduk apabila ada usaha Kristian dari negara luar mahu merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia. Bunga-bunga itu sudah ada dan disemai oleh mereka.
Sedang ada pihak yang mendoakan kejatuhan kerajaan Islam, ada juga pihak dalam negara ini menambah untuk memberikan hak kebebasan agama kepada umat Islam di negara ini. Ianya seperti sebuah cerita, jika dilakonkan dan diceritakan setiap hari, tidak mustahil perkara ini akan berlaku.
Tolonglah prihatin dan kemaskini kepribadian diri kerana Kristian dari masa ke semasa diserapkan di bumi bertuah ini. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..
Ini petikan dari Web Ustaz Amin,
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in sending missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Adakah ini tidak cukup lagi??
Masih pelik memikirkan doa dari jemaah PAS pada satu ketika dan binggung memikirkan kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan dari seorang berbangsa Kristian mengenai hak beragama bagi umat Islam.
0 comments:
Post a Comment